Peluang tinja...

Peluang tinjau kemudahan teknologi komunikasi TelBru

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Serombongan 37 orang terdiri daripada 34 pelajar dan guru pengiring dari Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) telah mengadakan lawatan ke Stesen Bumi Telisai yang dihoskan oleh TelBru, sebagai sebahagian daripada lawatan pendidikan bagi tahun akademik 2017.

Rombongan tersebut yang terdiri daripada murid Tahun 6, dari Cawangan PGGMB Sungai Akar, telah diberikan peluang untuk melihat kemudahan yang menempatkan sebahagian daripada teknologi terkini Brunei dalam bidang komunikasi.

Semasa lawatan tersebut, mereka diberikan penerangan ringkas mengenai peralatan-peralatan yang digunakan serta menyaksikan sendiri penggunaan teknologi fiber yang merupakan sebahagian daripada operasi harian TelBru.

Para pelajar, guru dan kakitangan TelBru bergambar ramai dengan berlatarbelakangkan satelit Stesen Bumi Telisai.
Para pelajar, guru dan kakitangan TelBru bergambar ramai dengan berlatarbelakangkan satelit Stesen Bumi Telisai.
Beberapa pelajar melihat secara dekat peralatan fiber TelBru.
Beberapa pelajar melihat secara dekat peralatan fiber TelBru.

Lawatan tersebut adalah sebahagian daripada sukatan mata pelajaran Social Studies yang memperkenalkan ICT kepada murid-murid dan pada masa yang sama menawarkan mereka perspektif lebih jelas mengenai industri ICT yang terdapat di Brunei.

TelBru dalam kenyataannya mengenai lawatan itu berkata, mereka telah dan akan terus menerima serta membantu lawatan-lawatan pendidikan dari institusi tempatan dan juga antarabangsa.

Sebagai penyedia telekomunikasi utama di negara ini yang menggalakkan pembelajaran dalam kalangan generasi muda, TelBru mengalu-alukan delegasi pendidikan untuk menjadi sebahagian daripada nilai korporat syarikat itu yang memberikan sokongan pembelajaran sepanjang hayat.

ARTIKEL YANG SAMA