Peluang tunai haji secara percuma menerusi pertandingan foto OIC

Peluang tunai haji secara percuma menerusi pertandingan foto OIC

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan menganjurkan edisi pertama Pertandingan Foto “Human Face of Ramadan” pada bulan mulia ini, yang menawarkan pakej mengerjakan ibadah Haji kepada enam pemenang.

Menurut laman web OIC, pertandingan yang bermula dari 1 hingga 30 Ramadan 1437 (6 Jun hingga 5 Julai) itu terbuka kepada semua warga negara anggota pertubuhan berkenaan, berusia 18 tahun dan ke atas.

“Penyertaan boleh menggambarkan aspek kerohanian, kemurahan hati, semangat berkongsi, perjumpaan serta semua tradisi dan budaya umat Islam pada bulan Ramadan yang termasuk di bawah objektif OIC bagi menggalakkan kesedaran berkaitan perpaduan, persaudaraan serta kebudayaan dalam Islam,” katanya. – Bernama