Peluang uji pandu model terbaru BMW

Peluang uji pandu model terbaru BMW

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – QAF Auto selaku pengimport tunggal kenderaan jenama BMW di Brunei Darussalam akan mengadakan jerayawara dan acara uji pandu selama tiga hari bermula esok di kawasan letak kereta Supa Save Seria.

Menurut kenyataan QAF Auto, objektif acara yang akan diadakan dari jam 10 pagi hingga 6 petang itu ialah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat lebih dekat dan menguji pandu pelbagai model terbaru BMW termasuk BMW 7 Series, BMW 3 Series Sedan yang laris dan BMW X1 yang serba boleh.

Sepanjang acara itu juga, QAF Auto menawarkan harga istimewa bagi semua kereta dan pakej khas bagi BMW 3 Series Sedan dengan jaminan BMW tiga tahun atau 100,000km, insurans percuma selama tiga tahun dan servis percuma untuk tiga kali.

Pelanggan yang membuat uji pandu juga layak menerima baucar membeli-belah secara percuma.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk mengunjungi acara berkenaan atau hubungi talian 2453377 sambungan 604/605 untuk membuat perjanjian bagi uji pandu.

Antara model terbaru BMW yang akan diperkenalkan hari ini di kawasan letak kereta Supa Save Seria.
Antara model terbaru BMW yang akan diperkenalkan hari ini di kawasan letak kereta Supa Save Seria.

ARTIKEL YANG SAMA