Peluang UniMAP menyerlah di peringkat global

Peluang UniMAP menyerlah di peringkat global

KUALA LUMPUR – Sejajar dengan hasrat Malaysia untuk menyerlahkan reputasi institusi pengajian tingginya (IPT) di peringkat global, satu platform bagi meningkatkan ranking dan rating IPT dilihat sebagai elemen penting.

Menerusi seminar bertaraf antarabangsa ‘Persidangan dan Pameran QS-APPLE 2016’ yang bakal dianjurkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), platform ini diyakini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh Malaysia bagi membolehkan IPT tempatan capai kedudukan setaraf dengan barisan universiti terkemuka dunia.

Selaku rakan penganjur tunggal bagi penganjuran kali ke-12 tahun ini, UniMAP ternyata menggalas tanggungjawab yang besar bagi merealisasikan juga impiannya untuk menjadi antara 500 universiti terbaik di dunia menjelang tahun 2020.

QS- Apple 2016

Sungguhpun Malaysia pernah menjadi tuan rumah persidangan ini pada 2009 dengan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertindak selaku penganjur bersama, umum masih tidak mengetahui apakah sebenarnya QS-APPLE serta cerita di sebalik penganjurannya yang bermula pada 2005.

Menerusi seminar bertaraf antarabangsa ‘Persidangan dan Pameran QS-APPLE 2016’ yang bakal dianjurkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), platform ini diyakini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh Malaysia bagi membolehkan IPT tempatan capai kedudukan setaraf dengan barisan universiti terkemuka dunia.
Menerusi seminar bertaraf antarabangsa ‘Persidangan dan Pameran QS-APPLE 2016’ yang bakal dianjurkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), platform ini diyakini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh Malaysia bagi membolehkan IPT tempatan capai kedudukan setaraf dengan barisan universiti terkemuka dunia.
Persidangan QS-APPLE bermula di Singapura, tuan rumah untuk dua tahun berturut-turut pada 2005 dan 2006, diikuti seterusnya oleh Hong Kong, Korea Selatan, Thailand, Filipina, Indonesia, Taiwan dan Australia.
Persidangan QS-APPLE bermula di Singapura, tuan rumah untuk dua tahun berturut-turut pada 2005 dan 2006, diikuti seterusnya oleh Hong Kong, Korea Selatan, Thailand, Filipina, Indonesia, Taiwan dan Australia.

QS-APPLE, singkatan bagi ‘Asia-Pacific Professional Leaders in Education’ adalah persidangan dan pameran perdana untuk golongan pendidik antarabangsa di Asia, Eropah, Amerika dan Australasia. Setiap tahun, persidangan akan mengambil tempat di lokasi berbeza untuk memfokus kepada kekayaan dan kepelbagaian sektor pendidikan tinggi yang terdapat di rantau Asia Pasifik.

Persidangan ini bermula di Singapura, tuan rumah untuk dua tahun berturut-turut pada 2005 dan 2006, diikuti seterusnya oleh Hong Kong, Korea Selatan, Thailand, Filipina, Indonesia, Taiwan dan Australia. Melihat kepada matlamat UniMAP untuk menjadi antara yang terbaik di dunia, Naib Canselor UniMAP Datuk Profesor Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata, penyertaan Malaysia dalam persidangan ini ternyata signifikan untuk meningkatkan reputasi akademik di kalangan rakan strategik antarabangsa.

“Reputasi akademik merupakan satu daripada kriteria yang dinilai untuk penarafan QS Star mahupun QS World University Rankings.

“Justeru adalah penting juga bagi IPT di Malaysia (termasuk UniMAP) untuk terlibat dengan aktif dalam persidangan ini,” katanya.

Zul Azhar menambah untuk mencapai hasrat itu, jaringan kerjasama yang jitu dengan rakan strategi universiti lain dari seluruh dunia juga penting. “Kami (UniMAP) telah mengatur strategi yang jelas untuk bekerja sekaligus merealisasikannya.

“Dengan menjadi rakan strategik kepada sebuah badan profesional yang memfokus kepada aktiviti penarafan universiti (QS Quacquarelli Symonds), kita akan lebih mengetahui kriteria yang menjadi ukuran. Apabila dapat mendekati kumpulan universiti bertaraf antarabangsa, ini secara tidak langsung membolehkan kita mencapai hasrat itu,” jelasnya.

Ia juga adalah suatu penghormatan kepada UniMAP kerana berjaya membawa persidangan antarabangsa ini ke Malaysia sekali lagi untuk membincangkan hal-hal penarafan universiti di dalam negara.

Cabaran dan peluang

Bertemakan ‘New Directions in Asia-Pacific Higher Education: Challenges and Opportunities’, Ketua Pustakawan UniMAP merangkap Pengarah Program Jawatankuasa QS-APPLE 2016 Mazmin Mat Akhir berkata pemilihan tema kali ini menggambarkan secara keseluruhan tujuan utama penganjuran persidangan.

Menurutnya, mendepani era yang serba mencabar pada waktu ini, transformasi pendidikan menjadi antara elemen yang perlu diberikan perhatian serius. Sebagai satu daripada universiti awam yang masih baharu, penting bagi UniMAP yang ditubuhkan pada 2001 ini serta IPT lain untuk mengetahui dan mendalami cabaran serta peluang yang boleh dimanfaatkan secara bersama.

Mengambil contoh hari ini di mana semua IPT menggalakkan kemasukan pelajar asing untuk menyambung pengajian di institusi dalam negara, penilaian dalam QS dilihat sebagai medium untuk mempromosi dan menonjolkan sesebuah IPT termasuklah dalam kalangan pelajar luar negara. “Pada saya, ranking dan rating ini bukanlah sesuatu yang penting tetapi elemen ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

Mazmin menjelaskan dalam usaha mencapai matlamat itu, UniMAP tidak bersendirian kerana pihak Kementerian Pengajian Tinggi turut berganding bahu menggariskan langkah-langkah yang perlu dalam aspek penarafan dan pemeringkatan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) atau PPPMPT.

Kekal prestasi, model contoh

Menyentuh soal rating dengan lebih lanjut UniMAP percaya untuk mengekalkan reputasi dan momentum ke arah menjadi antara universiti terbaik dunia, cabaran yang mendatang pastinya lebih besar. Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan Profesor Madya Dr Khairul Azwan Ismail berkata sungguhpun demikian keadaan itu tidak mematahkan semangat UniMAP untuk terus mara mengorak langkah mencipta nama di peringkat global.

“Daripada awal penubuhan sehingga ke hari ini, apa yang kami capai adalah disebabkan cabaran dalaman dan luaran untuk kami kekal berada di kedudukan sekarang.

“Kini, apabila kita mensasarkan untuk melonjak ke tahap yang lebih tinggi, strategi untuk menjadi lebih inovatif daripada aspek pentadbiran dan penyelidikan khususnya, peluang-peluang baru yang wujud pasti akan sentiasa kami cari untuk menjadi universiti yang lebih kreatif dan kekal berdaya saing,” jelasnya.

Dr Khairul Azwan menambah kata, menerusi proses ‘benchmarking’ dengan universiti terbaik dunia yang lain di rantau Asia Pasifik juga UniMAP turut lebih bersedia untuk merangka strategi yang sesuai dengan matlamat yang ingin dicapai menjelang 2020.

Menyasarkan kehadiran peserta daripada lebih 39 buah negara dengan seramai 350 peserta, QS-APPLE 2016 bakal berlangsung dari 22 hingga 24 Nov ini, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA