Pelucutan gelaran IBF Fury ‘sangat mengaibkan’

Pelucutan gelaran IBF Fury ‘sangat mengaibkan’

LONDON, 10 Dis – Pelatih dan bapa saudara Juara Heavyweight Dunia Tyson Fury berkata keputusan melucutkan salah satu gelaran peninju Britain itu “sangat mengaibkan”.

Pemegang gelaran yang berusia 27 tahun itu, yang mengulas mengenai homoseksual dan wanita telah mencetuskan banyak tajuk-tajuk utama seperti apa yang dilakukannya di gelanggang, dilucutkan dari gelaran IBF selepas setuju ke atas kontrak perlawanan semula dengan Wladimir Klitschko dan bukannya melawan pesaing mandatori IBF. Pihak IBF menerangkan keputusannya mereka untuk melucutkan Fury dari tali pinggang mereka kelmarin, mengatakan perlawanan semula itu adalah “melanggar undang-undang IBF”.

Pesaing utama bagi gelaran IBF adalah Vyacheslav Glazkov dan sepatutnya lawan Fury seterusnya, menurut pertubuhan yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu.

“Berikutan perlawanan gelaran di antara Klitschko dan Fury, IBF sedar buat pertama kali bahawa terdapat persetujuan kontrak di antara kedua-dua peninju bagi perlawanan semula serta-merta,” katanya.

“Tiada peruntukan bagi sebarang perlawanan semula dalam kontrak-kontrak yang diserahkan kepada IBF sebelum IBF bersetuju untuk membenarkan perlawanan Klitschko vs Fury.”

Dalam satu temu bual dalam Berita Tinju, pelatih Peter Fury berkata: “Ia amat mengaibkan. Saya belum bercakap lagi dengan Tyson namun kami sedang menanganinya.

“Tetapi kami mempunyai perlawanan semula yang kami terikat. Kami perlu menerima perlawanan itu. Perlawanan dalam magnitud ini, IBF sepatutnya amat gembira untuk terlibat dengan perlawanan mega ini.”

Fury, yang masih memegang gelaran WBA dan WBO, telah disenaraikan pendek bagi anugerah Personaliti Sukan Berprestij BBC tahun ini, satu langkah yang dikritik besar selepas komen-komen kontroversinya terhadap beberapa topik semasa.

Satu petisyen secara online telah ditubuhkan meminta BBC untuk tidak menyenaraikannya disebabkan komen-komen berkaitan homoseksual telah menerima undi hampir 100,000. – Reuters