Pelukis karikatur pemimpin dilanda skandal viral

Pelukis karikatur pemimpin dilanda skandal viral

KUALA LUMPUR, 28 Mac (AFP) – Seorang pelukis karikatur Malaysia yang melukis perdana menteri dibelenggu skandal sebagai badut penyindir, menjadi fenomena viral, mencetuskan satu protes meluas melalui gerakan imej dan menjadikan pelukis sasaran pihak berkuasa.

Parodi Perdana Menteri Najib Razak menjadi imej paling kontroversi Malaysia, mengakibatkan pelukis dan aktivis Fahmi Reza dibandingkan dengan pelukis provokasi seni jalanan seperti Banksy.

Dikongsi secara meluas di media sosial, ia mencetuskan variasi tiruan sejajar dengan kemarahan rakyat Malaysia ke atas Najib yang dituduh melakukan rasuah dan tindakannya untuk menghindari siasatan.

Gambar menunjukkan sebuah bas melepasi poster karikatur wajah badut Perdana Menteri Malaysia Najib Razak di Kuala Lumpur yang menjadi fenomena viral. – AFP
Gambar menunjukkan sebuah bas melepasi poster karikatur wajah badut Perdana Menteri Malaysia Najib Razak di Kuala Lumpur yang menjadi fenomena viral. – AFP

“Negara kita diperintah oleh orang bodoh dan penyangak,” kata Fahmi, seorang penggemar punk-rock dalam satu temu bual e-mel ketika dalam perjalanan ke luar negara.

Dia berusaha untuk menekankan mengenai hipokrasi (politik Malaysia), untuk menarik perhatian mengenai perkara mustahil ini dan membuatkan orang ramai ketawa mengenainya.

Namun pihak berkuasa Malaysia tidak merasa ia lucu.

ARTIKEL YANG SAMA