Pelumba basikal Itali digantung 18 bulan

Pelumba basikal Itali digantung 18 bulan

AIGLE, Switzerland, 13 April (AP) – Pelumba basikal Itali, Luca Paolini digantung selama 18 bulan selepas diuji positif bagi kokain di Perlumbaan Jelajah Perancis tahun lepas.

Pihak UCI mengumumkan hari ini bahawa Paolini didapati “bersalah terhadap pelanggaran tanpa niat anti-doping.”

Paolini mengakui dia menggunakan kokain namun berkata dia tidak melakukannya dengan niat untuk meningkatkan prestasi berbasikalnya.

Paolini dikeluarkan daripada perlumbaan jelajah apabila pengumuman ujian positif itu diumumkan pada 10 Julai, tiga hari selepas diuji pada hari pusingan keempat. Dia dikeluarkan daripada pasukan Rusia Katusha.

Dengan penggantungan itu bermula pada 10 Julai, penggantungan Paolini akan berakhir pada Januari.

Pelumba basikal berusia 39 tahun itu memenangi perlumbaan Gent-Wevelgem one-day classic musim lepas, dan telah memenangi peringkat-peringkat di Giro d’Italia dan Spanish Vuelta.

ARTIKEL YANG SAMA