Pelumba F1 meninggal dunia

Pelumba F1 meninggal dunia

PARIS, 19 Julai – Pelumba Formula Satu (F1) Perancis, Jules Bianchi meninggal dunia akibat kecederaan kepala serius yang dihadapinya ketika insiden pada perlumbaan Grand Prix Jepun tahun lalu, umum keluarganya.

Bianchi yang memasuki usia 26 tahun, bulan depan berada dalam keadaan koma selepas kemalangan terbabit dan diletakkan di bawah jagaan rapi Hospital Universiti Centre Hospitalier di Selatan Perancis, Nice.

“Jules bertarung sehingga penghujung, seperti dia selaku lakukan namun hari ini pertarungan itu menuju penamat,” kata keluarga Bianchi menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam laman Facebook, hari ini.

“Kesakitan yang kami alami amat teruk dan sukar untuk digambarkan.”

Bianchi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya musim lalu. - Reuters
Bianchi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya musim lalu. – Reuters

Pada Isnin lalu, bapa Bianchi, Pierre berkata dia “kurang optimis” yang Jules akan mampu pulih sepenuhnya selepas menghabiskan masa selama sembilan bulan tanpa sebarang tanda “kemajuan yang ketara.”

Bianchi menyertai pasukan Marussia F1 pada 2013 dan berlumba dalam 34 perlumbaan Grand Prix sambil mengutip dua mata kejuaraan.

Pada GP Jepun di Litar Suzuka, tahun lalu, Bianchi mengalami kecederaan parah di kepala apabila jenteranya melanggar kren pengangkut kenderaan dengan kelajuan 200 kilometer sejam.

Marussia yang kini dikenali Manor F1 dalam laman Twitter berkata: “Kami amat berduka apabila kehilangan Jules selepas dia bergelut hebat untuk nyawanya. Adalah satu kebanggaan untuk kami memilikinya untuk berlumba bersama pasukan kami.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA