Peluncur hilang seluruh paha dibaham jerung

Peluncur hilang seluruh paha dibaham jerung

SYDNEY, 31 Mac (AFP) – Seorang peluncur semakin pulih hari ini selepas dilaporkan kebanyakan bahagian pahanya telah digigit oleh seekor ikan yu di Australia dengan tindakan pantas bantuan pengunjung pantai yang menyelamatkannya.

Brett Connellan, 22 tahun, berada di air di Pantai Bombo, selatan Sydney petang semalam apabila ikan yu menyerang. “Anak lelaki kami, Brett mengalami kecederaan serius semalam, dia dalam keadaan serius tetapi stabil,” ayahnya Malcolm berkata dalam kenyataan ringkas.

Sydney Morning Herald melaporkan tiga suku bahagian paha lelaki itu telah koyak dan juga mengalami kecederaan pada tangan ketika dia melawan ikan yu itu, dengan jeritannya disedari oleh rakan-rakan peluncurnya yang lain dan orang yang berada di situ.

Dia bantu dengan dibawa ke pantai oleh rakannya Joel Trist bersama dua orang jururawat yang tidak bertugas hari itu, di pantai itu dengan menggunakan tali pengikat kaki pada papan luncur yang dijadikan pembalut pahanya yang berdarah. Mereka diberi pujian kerana membantu menyelamatkannya. Rakan peluncurnya Trist berkata dia berada 50 meter jauh apabila dia terdengar ‘teriakan teruk’ dan melihat ikan yu melibas ganas di air. Trist menyeret Connellian ke atas papan luncurnya dan berjaya membawanya ke pantai.

ARTIKEL YANG SAMA