Peluncur selamat serangan jerung

Peluncur selamat serangan jerung

SYDNEY, 3 Julai (AFP) – Peluncur air warga Australia terjatuh dari papan luncur akibat serangan seekor jerung berhampiran tempat berlaku serangan menggerunkan sehari sebelumnya, yang memaksa perlawanan luncur junior sedunia dibatalkan.

Ikan jerung tersebut menggigit papan luncur lelaki itu ketika dia meluncur di Lennox Head di negeri New South Wales, tetapi kemudian berlalu pergi, dengan peluncur itu berjaya berdayung ke pantai tanpa sebarang kecederaan.

“Steve terselamat daripada serangan ikan jerung di Lennox Head. Jerung menggigit papan luncurnya.

“Ini adalah serangan kedua dalam tempoh dua hari,” seorang rakan Joel Dry, menceritakan insiden itu di Twitter.

ARTIKEL YANG SAMA