Peluncur ski maut runtuhan salji

Peluncur ski maut runtuhan salji

STOCKHOLM, 19 Julai – Peluncur ski profesional Sweden Matilda Rapaport maut selepas dihanyutkan dalam runtuhan salji di Chile, Persekutuan Ski Sweden berkata semalam.

Peluncur berusia 30 tahun itu, isteri pemain ski alpine Sweden, Mattias Hargin telah terperangkap oleh runtuhan salji semasa pembikinan filem di luar bandar percutian Farellones, Khamis lalu sebelum berlakunya ribut salji yang menyebabkan runtuhan di pergunungan Andes.

“Matilda kekal di bawah salji untuk masa yang lama, beliau dalam keadaan koma dan meninggal dunia akibat komplikasi kekurangan oksigen,” kata Persekutuan Sweden dalam satu kenyataan.

Dia meninggal dunia di hospital selepas mengalami kekurangan oksigen dan kerosakan otak.

“Matilda adalah atlet yang menakjubkan, mengembara ke seluruh dunia dalam usaha memburu minatnya, mendaki cerun curam dan berkongsi senyumannya,” kata Red Bull dalam satu kenyataan.

Salah satu aksi Matilda ketika berdepan dengan ketakutannya semasa beraksi di Alaska. Matilda maut selepas dihanyutkan runtuhan salji di Chile, Persekutuan Ski Sweden berkata semalam. – AFP
Salah satu aksi Matilda ketika berdepan dengan ketakutannya semasa beraksi di Alaska. Matilda maut selepas dihanyutkan runtuhan salji di Chile, Persekutuan Ski Sweden berkata semalam. – AFP

“Ia adalah satu kemalangan yang teruk, ia sangat sukar untuk diterima. Kami memikirkan untuk keluarga dan rakan-rakan Matilda,” kata Ketua Persekutuan Tommy Eliasson Winter.

Rapaport dianggap seorang daripada peluncur ski ternama dalam sukan terbabit, di mana atletnya sentiasa mendaki cerun yang curam, pergunungan yang berbatu serta tampil dalam banyak filem ski dan majalah.

Kematiannya berlaku selepas hampir dua tahun runtuhan salji di Chile yang mengorbankan legenda ternama sukan ski, Jean-Philippe Auclair dari Kanada dan Carl Andreas Fransson dari Sweden.

Kematiannya itu juga berlaku selepas tiga bulan juara dunia snowboarding ekstrem dua kali Switzerland, Estelle Balet terbunuh dalam runtuhan salji di Swiss Alps. – AFP