Peluru berpandu Rusia sedia dihantar ke Iran

Peluru berpandu Rusia sedia dihantar ke Iran

TEHRAN, 11 Feb – Sistem peluru berpandu pertahanan udara Rusia, S-300 bersedia untuk dihantar ke Iran, agensi berita Azerbaijan Trend melaporkan Menteri Pertahanan Iran Hossein Dehgan sebagai berkata. Dehgan berkata sebahagian daripada sistem S-300 akan dihantar ke Iran pada suku pertama 2016 dan bahagian selebihnya sehingga akhir tahun 2016.

Beliau berkata Iran mungkin membeli sistem pertahanan S-400 pada masa depan, jika perlu, menambah Iran juga sedang menghasil sistem peluru berpandu pertahanan jarak jauh, Barvar 373, yang akan diuji pada Mac 2017.

Rusia menandatangani kontrak pada 2007 untuk menjual lima sistem peluru berpandu S-300 kepada Iran. Kontrak bernilai AS$800 juta untuk menyerah sistem peluru berpandu pertahanan udara S-300 kepada Iran dibatalkan pada 2010 oleh Presiden Rusia Dmitry Medvedev disebabkan sekatan PBB yang dikenakan ke atas Iran disebabkan program nuklearnya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA