Peluru Berpandu sasar Syria terhempas

Peluru Berpandu sasar Syria terhempas

BEIRUT, 9 Okt (AFP) – Empat peluru berpandu Rusia yang menumpu sasaran di Syria terhempas di Iran, kata seorang pegawai AS semalam, tatkala tentera rejim yang disokong okeh Hezbollah di Lubnan mendesak “serangan besar” ke atas pemberontak di kawasan barat negara.

Peluru berpandu dipercayai antara tembakan serentak pada Rabu daripada kapal perang Rusia di Caspia sebagai sebahagian daripada perang udara berusia sembilan hari yang mensasarkan musuh Presiden Bashar al-Assad.

Rusia menjawab balik dakwaan itu, berkata semua tembakan terkena sasaran, dan kementerian pertahanan menyiar satu gambar di laman webnya yang menunjukkan 26 peluru berpandu melepasi Iran dan Iraq sebelum terjatuh di dalam Syria. Tehran tidak mengeluar sebarang komen.

“Mana-mana profesional tahu ketika operasi berkenaan, kami sentiasa menumpu pada sasaran sebelum dan selepas impak. Kesemua peluru berpandu kami terkena sasaran mereka,” kata jurucakap kementerian Jeneral Igor Konashenkov dalam satu kenyataan.