Peluru dalam bagasi, lelaki direman

Peluru dalam bagasi, lelaki direman

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, memerintahkan seorang lelaki Indonesia yang ditahan reman untuk membantu siasatan polis berhubung kesalahan memiliki beberapa bahan peluru.

Rustawi Tomo Kabul, 63, menghadapi pertuduhan memiliki beberapa bahan peluru pada 2 Mei 2015 kira-kira jam 11:19 pagi ketika transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Timbalan pendakwa Raya Pengiran Suzana binti Pengiran Haji Abas memberitahu Ketua Majistret Muhammed Faisal bin Pehin Dato Kefli bahawa tertuduh ditahan selepas pihak Lapangan Terbang mengimbas bagasi yang dibawanya dan mendapati terdapat imej yang mencurigakan.

Kes akan disebut semula pada 11 Mei 2015 sementara menunggu polis menyelesaikan siasatan.

ARTIKEL YANG SAMA