Peluru ditemui pada pesawat Fiji Airways

Peluru ditemui pada pesawat Fiji Airways

SUVA, 2 Mei (Xinhua) – Peluru ditemui di atas sebuah pesawat Fiji Airways pada Januari tahun ini, penyiaran milik kerajaan Fiji Broadcasting Corporation (FBC) mengesahkannya hari ini.

Pesawat berkenaan baru sahaja menyelesaikan penerbangan komersial dari Auckland, New Zealand ke Nadi, Fiji pada 8 Januari apabila peluru itu ditemui oleh anak-anak kapal yang menjalankan pembersihan semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Nadi, kata FBC.

Syarikat penerbangan negara segera mengikuti prosedur dan memaklumkannya kepada pihak berkuasa tempatan, yang mana pesawat itu dikuarantin dan dilancarkan siasatan. Pesawat kemudiannya dibersihkan dan dikeluarkan untuk operasi.

“Fiji Airways berkata ia mempunyai prosedur yang ketat, apabila keselamatan penumpang dan anak kapal adalah menjadi keutamaan syarikat penerbangan itu,” kata FBC.

ARTIKEL YANG SAMA