Pemahaman terhadap pemilikan rumah

Pemahaman terhadap pemilikan rumah

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Okt – Festival Pameran Rumah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), baru-baru ini, telah diteruskan dengan satu lagi perkumpulan bersama mereka yang berhasrat memiliki rumah dan pemenang Pertandingan Instagram #whathomemeans pada majlis minum petang di Ibu Pejabat BIBD, di ibu negara.

Menurut BIBD, majlis berkenaan juga melibatkan perbincangan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan rumah oleh ahli-ahli panel termasuk Balazs Kovac dari My Space Gallery Sdn Bhd; Pengasas SquareFeet Asia, Aimi Ramlee; Dayang Yanti DP Rahman dari EcoBumi Arkitek; pemilik Arkitek Idris, Zul’Amali; Amir Noor dari BHC Magazine; peguam tempatan Pengiran Izad.

Perbincangan panel, di samping kehadiran kakitangan perbankan peribadi BIBD yang membantu menjawab pertanyaan, memberikan pemahaman meluas mengenai pemilikan rumah.

Acara juga menyaksikan penyampaian hadiah kepada 15 pemenang pertandingan Instagram #whathomemeans yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Perbankan Runcit BIBD, Hajah Nurul Akmar binti Haji Mohd Jaafar.

Majlis diakhiri dengan Kafe The Krema menyajikan pelbagai pilihan kopi kepada tetamu BIBD, di samping Phat Cookies yang menyediakan pelbagai biskut.

Ketika pameran tersebut berlangsung.
Ketika pameran tersebut berlangsung.

BIBD dalam kenyataannya turut memberitahu bahawa bagi mengakhiri Festival Pameran Rumah, satu acara finale akan dibukakan kepada kunjungan ramai pada 16 Oktober ini dari 11 pagi hingga 6 petang di BIBD cawangan Kiulap.

Acara itu nanti akan menampilkan rakan acara BIBD, iaitu My Space Gallery Sdn Bhd yang akan mempamerkan produk-produk terkini mereka mengenai penyelesaian-penyelesaian rumah di samping tujuh ejen hartanah dan pemaju.

Pada acara itu nanti, seramai 25 orang pegawai perbankan peribadi BIBD akan membantu orang ramai mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan BIBD.

Finale festival itu juga akan mengetengahkan sehingga 40 vendor seperti Happy Cream, Cuckoo International Sdn Bhd, The Krema, Vanilla Kitchen, Sos It Up, Kitaro, TopFolk, ShefShaz dan lain-lain lagi untuk menawarkan pelbagai barangan jualan termasuk makanan dan minuman.

Acara itu nanti merupakan tempat yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan serta menjamu selera, sementara melihat senarai hartanah terkini dan tawaran produk-produk rumah.

Di samping itu, semasa acara itu, BIBD juga akan menawarkan kadar-kadar promosi bagi Home Improvement Financing, Education Financing, Personal Financing, Consolidation Financing dan pengecualian khas ke atas bayaran pemprosesan.

Sebagai bonus tambahan, BIBD akan meneruskan tawaran-tawaran istimewa ini sehingga 24 Oktober namun hanya di cawangan terpilih iaitu Manggis, The Mall, Rimba dan Tanjung Bunut.

ARTIKEL YANG SAMA