Pemain bintang PL buru The Foxes

Pemain bintang PL buru The Foxes

LONDON, 9 Ogos – Perjanjian penyiaran baru yang lumayan berjumlah 8.3 bilion pound (AS$10.9 bilion) telah membolehkan Liga Perdana Inggeris (PL) untuk menghimpunkan galaksi bintang-bintang yang mempersonakan untuk musim 2016-17.

Jose Mourinho mempunyai Zlatan Ibrahimovic dan Paul Pogba di Man United, manakala Pep Guardiola pula telah memberbelanjakan lebih 100 juta pound sejak menjadi pengurus Manchester City.

Dengan Chelsea dan Liverpool juga berbelanja sakan, Arsenal, Tottenham Hotspur mencari untuk membina kempen yang positif dan taruhan Leicester City untuk mengulangi kejayaan kisah dongeng Mei lalu turun kepada 33-1.

Walaupun Leicester terkenal kerana berjaya mencabar taruhan 5,000-1 untuk memenangi gelaran bulan Mei lalu, tetapi Claudio Ranieri telah memberi amaran: “Kami tahu dengan baik kami juara, tetapi kami bukan pilihan.” Ada enam pasukan besar yang mahu menang. Mereka mahu membunuh kami.”

Dua puluh kelab elit England mengambil masa sebulan untuk memecahkan halangan 500 juta pound dalam perbelanjaan dan mereka disebut-sebut untuk mengatasi angka satu bilion pound pada masa jendela perpindahan ditutup 31 Ogos.

Era Guardiola di City yang menduduki tempat keempat musim lalu telah dimulakan dengan pengumuman peremajaan semula penyandang Piala Liga.

Bakat muda seperti Leroy Sane dan Gabriel Jesus telah tiba dengan gabungan yuran perpindahan lebihi100 juta pound. Penyertaan bek tengah Everton John Stones masih belum pasti.

Walaupun ketibaan Guardiola di Stadium Etihad telah dirancang cukup awal, bekas saingan El Clasico beliau, Jose Mourinho ke Old Trafford pula dalam keadaan tergesa-gesa.

Selepas dua tahun di bawah Louis van Gaal, yang agak lambat menjulang Piala FA untuk menyelamatkan jawatannya, lembaga United telah melambakkan Mourinho dengan tugas untuk mengembalikan kelab kepada bekas kegemilangan. – AFP