Pemain bola keranjang terima tajaan jersi

Pemain bola keranjang terima tajaan jersi

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Pemain-pemain Pasukan Bola Keranjang Wanita Brunei Darussalam yang akan mewakili negara dalam Kejohanan Piala Borneo 2016 telah mendapat suntikan semangat apabila menerima tajaan berupa jersi oleh Easyway, kelmarin.

Hadir bagi menyampaikan tajaan jersi tersebut yang berlangsung di Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam, Gadong itu ialah wakil dari Easyway, Wira Pori kepada Presiden Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam, Lim Ting Guan.

Turut hadir ialah Ketua kontinjen Pasukan Bola Keranjang Negara Brunei Darussalam ke kejohanan berkenaan, Khoo Eng Cheong selaku Naib Presiden Persatuan, pemain-pemain pasukan bola keranjang wanita dan ahli-ahli Persatuan Bola Keranjang Negara Brunei Darussalam.

Dalam kejohanan yang akan berlangsung di Labuan bermula 21 hingga 24 Julai itu, pasukan negara akan beraksi dalam kategori Lelaki Veteran 40 tahun, Lelaki Veteran 50 tahun dan Kategori Perempuan, di mana pasukan-pasukan yang beraksi bagi Brunei terdiri daripada pemain-pemain baru dan juga pemain yang berpengalaman.

Wira (empat dari kanan) menyerahkan tajaan jersi bagi pasukan wanita Brunei Darussalam kepada Lim Ting Guan.
Wira (empat dari kanan) menyerahkan tajaan jersi bagi pasukan wanita Brunei Darussalam kepada Lim Ting Guan.

ARTIKEL YANG SAMA