Pemain bola maut di tengah padang

Pemain bola maut di tengah padang

PARIS, 13 Sept – Bekas pemain antarabangsa Burkina Faso, Idrissa Ben Derme, meninggal dunia disyaki akibat serangan jantung ketika perlawanan pusingan ketiga Piala Perancis, minggu ini, kata kelabnya, semalam.

Pemain berusia 34 tahun, yang membuat tiga penampilan bersama skuad kebangsaan Burkina Faso pada 2010, tumbang pada awal babak kedua ketika bermain bersama kelab amatur, AJ Biguglia menentang Furiani-Agliani di Corsica pada Ahad.

“Di sebalik kehadiran penyelamat, dia tidak dapat diselamatkan,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Derme sebelum ini berpindah dari kelab Etoile Filante di Ouagadougou, Burkina Fasio ke kelab Sheriff Tiraspol di Moldova sebelum bermain di Perancis. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA