Pemain bola sepak terima gaji lumayan

Pemain bola sepak terima gaji lumayan

MANCHESTER, 25 April – Pemain midfield Manchester United, Juan Mata telah membuat pengakuan dalam satu temu bual bahawa dia dan pemain bola sepak profesional yang lain menerima sejumlah wang yang banyak dan hidup dalam kemewahan.

Mata, yang menandatangani untuk bermain bagi kelab Manchester United dari Chelsea bagi 37 juta pound (AS$53.41 juta) pada 2014, dipercayai berpendapatan kira-kira 150,000 pound setiap minggu.

“Pada tahap ini bola sepak merupakan satu ganjaran yang baik. Ia seperti kami hidup dalam buih. Dibandingkan dengan masyarakat yang lain, kami menerima ganjaran yang begitu tidak masuk akal. Ia dapat diduga,” ujar Mata dalam satu temu bual dalam program televisyen Sepanyol “Salvados”, yang disiarkan pada Ahad.

“Dengan penghormatan terhadap dunia bola sepak, saya menerima gaji yang nornal. Namun jika dibandingkan dengan 99.9 peratus warga Sepanyol dan seluruh dunia, saya menerima jumlah yang mengarut.”

Pemain kebangsaan Sepanyol itu juga berkata dia bersimpati dengan beberapa kritikan terhadap permainan moden itu, yang mendakwa bola sepak telah menjadi terlalu dikomersialkan, dan mengkritik sikap segelintir pemain muda yang menjadi sombong selepas menjadi seorang profesional.

“Saya boleh memahami apa yang mereka katakan. Perniagaan di pihak bola sepak nampaknya seperti pemiliknya sekarang lebih penting berbanding para peminat,” pemain berusia 27 tahun itu menambah.

“Setiap pemain fikir mereka Diego Maradona apabila dia menyertai kelab besar. Itu berlaku kepada kami namun begitu kamu menyedarinya ia ada pada pemain-pemain muda.

“Kamu melihat kanak-kanak yang fikir mereka bintang rok; memakai baju yang mewah dan memandu kereta berjenama… kadang-kadang anda perlu mengetepikannya.” – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA