Pemain gantian tunjuk belang

Pemain gantian tunjuk belang

ISTANBUL, 29 Sept – Pemain gantian Dynamo Kiev, Nikita Korzun dan bintang remaja Viktor Tsygankov membuat impak penting apabila kelab Ukraine itu berjuang untuk keputusan seri 1-1 ke atas Besiktas dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Korzun memberikan sepakan percuma kepada pihak lawan yang membuatkan jaringan pertama Besiktas di Istanbul sebelum Tsygankov dimasukkan ke padang di separuh masa kedua untuk mendapatkan satu mata buat Dynamo.

Besiktas, bermain perlawanan di laman sendiri dalam peringkat kumpulan sejak tujuh tahun, melangkah ke perlawanan itu selepas kejayaan mereka dihalang pada saat akhir pada perlawanan pembukaan yang berakhir 1-1 di Benfica.

Sementara itu, Dynamo, merudum dengan kekalahan 2-1 di tempat sendiri menentang pasukan pilihan Kumpulan B Napoli.

Penjaga gawang Artur Rudko diberikan penampilan pertama dalam Liga Juara-Juara oleh jurulatih Dynamo Serhiy Rebrov sementara penyerang Cameroon Vincent Aboubakar, yang menjaringkan dua kali buat Porto menentang pasukan Ukraine itu pada Liga Juara-Juara musim lepas tidak dimainkan bagi memberi laluan kepada Cenk Tosun yang merupakan penjaring terbanyak skuad itu.

Aksi perebutan bola ketika perlawanan itu berlangsung. – AFP
Aksi perebutan bola ketika perlawanan itu berlangsung. – AFP

Seorang lagi bekas pemain Porto membuka jaringan buat Besiktas selepas 29 minit apabila pemain sayap veteran Ricardo Quaresma menjaringkan gol melalui sepakan percuma melepasi Rudko dari jarak 22 ela ke tepi atas gawang.

Faul tersebut diberikan oleh Korzun, yang hanya berada di padang lima minit sebagai pengganti Vitaly Buyalskiy yang mengalami kecederaan.

Quaresma, 33, hampir melakukan jaringan kedua selepas lapan minit namun ledakan kaki kanannya tersasar.

Ia sepatutnya gol selayaknya buat Turki yang telah mendominasi pembukaan 45 minit dengan penjaga gawang mereka Fabri hanya beraksi sekali untuk menepis sepakan percuma daripada Mykola Morozyuk.

Dynamo menggasak perlawanan pada peringkat permulaan separuh masa kedua dengan percubaan ketua pasukan Andriy Yarmolenko dan Domagoj Vida digagalkan sementara Fabri dua kali menyelamatkan gawang daripada asakan Denys Garmash.

Bagaimanapun, asakan mereka berhasil selepas 67 minit apabila Tsygankov menyamakan kedudukan buat pasukannya, tiga minit selepas dimasukkan ke padang bagi menggantikan Derlis Gonzalez. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA