Pemain golf bertuah bakal terima ganjaran

Pemain golf bertuah bakal terima ganjaran

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei – Bagi edisi ke-21 Kejohanan Golf Baiduri Masters, Bank Baiduri memaklumkan bahawa seorang pemain golf awal yang bertuah akan menerima ganjaran daripada Under Armour Brunei.

Pemain bertuah itu akan menerima set pakaian golf yang termasuk baju polo golf Coldblack®, sepasang seluar golf Match Play®, payung golf UA, tali pinggang UA dan satu kap Jordan Spieth UA Tour®. Sebagai alternatif, pemenang itu juga boleh memilih mana-mana set pakaian daripada Under Armour Brunei bernilai sehingga $500.

Menurut kenyataan Bank Baiduri, promosi bagi set pakaian golf Under Armour (UA)ini akan berakhir pada 16 Mei 2016 dan hanya terbuka kepada pendaftaran awal Baiduri Masters. Cabutan bertuah bagi promosi berkenaan akan diadakan di Under Armour Brunei pada 17 Mei 2016.

Untuk melayakkan diri dalam promosi ini, pemain yang berminat perlu mendaftar di Kelab Golf RB dari sekarang hingga 16 Mei, di mana pendaftaran dibuka dari jam 6 pagi hingga 8:30 malam setiap hari.

Baiduri Masters kini memasuki edisi ke-21 dan akan diadakan di Kelab Golf RB dalam tempoh dua minggu bermula 20 Mei hingga 29 Mei 2016.

Kejohanan golf berkenaan dibahagikan kepada empat iaitu lelaki, perempuan, junior dan berpasukan. Manakala itu, kategori lelaki akan dibahagikan lagi kepada kategori Lelaki Terbuka dan Pemain Golf Senior. Kategori junior dibukakan kepada pemain berusia 13 hingga 18 tahun.

Pendaftaran bagi kejohanan ini telah bermula sejak 20 April 2016 lalu dan yuran pendaftaran kekal $120 bagi orang dewasa dan $60 bagi junior. Yuran berkenaan adalah khusus bagi bayaran masuk padang golf, bugi, beg sagu hati serta bufet sarapan pagi dan makan tengah hari.

Para pemain juga dijemput ke majlis makan malam penyampaian hadiah pada penghujung kejohanan berkenaan.

Peserta-peserta juga boleh bermain lebih daripada sekali untuk meningkatkan peluang kemenangan, yang mana pemain dewasa akan menerima diskaun yuran pendaftaran bagi pusingan kedua dan seterusnya. Skor tertinggi bagi mana-mana pusingan akan diambil.

Bagi maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Pusat Panggilan Baiduri di talian 244 9666 atau layari laman sesawang www.baiduri.com, di mana borang pendaftaran juga boleh dimuat turun.

ARTIKEL YANG SAMA