Pemain golf di Olimpik berkurangan

Pemain golf di Olimpik berkurangan

WASHINGTON, 19 Julai – Camilo Villegas semalam menjadi pemain golf terbaru yang menarik diri dari sukan Olimpik Rio yang akan diadakan pada bulan depan, yang berkata dia perlu fokus untuk cuba mengekalkan kedudukannya dalam Jelajah PGA AS bagi musim 2016-17.

Pemain dari Colombia itu dan isterinya cuba untuk mendapatkan anak damit tetapi dia memikirkan tahap berikutan virus Zika yang dikaitkan kepada kecacatan kelahiran sebagai alasan untuk tidak pergi ke Brazil.

Banyak pemain–pemain golf terbaik dunia menarik diri dari Rio, disebabkan oleh virus Zika, termasuk empat pemain rangking terbaik.

“Saya sedih di mana saya terpaksa memutuskan untuk menarik diri dari Sukan Olimpik,’ kata Villegas. “Ini adalah keputusan yang sukar bagi saya, tetapi saya perlu melakukan apa yang terbaik bagi kerjaya saya.”

Villegas berada di rangking ke-146 dalam kedudukan kutipan mata dengan hanya 125 kelayakan teratas bagi pertandingan playoff penamat musim dan status jelajah penuh bagi tahun depan. Hanya berbaki empat pertandingan bagi menyelamatkan kemunculan dalam 125 pemain terbaik.

Camilo ketika beraksi pada pusingan pertama Kejohanan Barbasol di Robert Trent Jones Golf Trail di Grand National pada 14 Julai lalu di Auburn, Alabama. Villegas semalam menjadi pemain golf terbaru yang menarik diri dari sukan Olimpik Rio yang akan diadakan bulan depan. – AFP
Camilo ketika beraksi pada pusingan pertama Kejohanan Barbasol di Robert Trent Jones Golf Trail di Grand National pada 14 Julai lalu di Auburn, Alabama. Villegas semalam menjadi pemain golf terbaru yang menarik diri dari sukan Olimpik Rio yang akan diadakan bulan depan. – AFP

“Saya belum menyelamatkan kad Jelajah PGA bagi musim depan. Saya memiliki beberapa peluang untuk memperbaiki kedudukan saya, salah satunya diadakan pada musim sama dengan sukan Olimpik,’ kata Villegas.

“Saya perlu menunggu sehingga minit akhir untuk menarik diri memandangkan saya perlu bekerja keras untuk menyelamatkan kelebihan permainan saya jadi saya boleh meneruskan bagi mewakili Colombia dalam Jelajah PGA.”

Pertandingan John Deere Classic PGA akan diadakan bertentangan dengan pertandingan Olimpik ketika sukan itu kembali ke pertandingan sukan itu selepas tidak dimasukkan selama 112 tahun.

Jose-Felipe Lima dari Portugal, rangking 392, akan menggantikan Villegas di Rio. Pelepasan Villegas, rangking 322, menyaksikan Colombia tanpa pemain golf dalam pertandingan lelaki. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA