Pemain Gunners getir rebut tempat

Pemain Gunners getir rebut tempat

pg20_150828_dLONDON, 27 Ogos (Reuters) – Persaingan merebut tempat di Arsenal akan memastikan tiada siapa berasakan tempat mereka selamat dan membantu skuad itu beraksi pada tahap tertinggi, menurut pemain pertahanan Hector Bellerin.

Bellerin kini pilihan utama di pertahanan kanan Gunners selepas menggantikan pemain kebangsaan Perancis, Mathieu Debuchy musim lalu.

“Saya fikir saingan di setiap posisi dalam pasukan amat kuat. Ia membuatkan pasukan berlatih lebih gigih, beraksi lebih baik dan meningkat sebagai pemain,” kata pemain berusia 20 tahun itu.

“Kami perlu memberikan yang terbaik. Kami sedar kami tidak boleh santai, kami tahu tidak boleh mengambil remeh kedudukan dalam kesebelasan utama apabila memilikinya.

“Saya fikir ia amat bagus dan semua pasukan yang berjaya mempunyai saingan di setiap posisi kerana ia menyedarkan anda dan membuatkan anda mahu beraksi lebih bagus,” katanya.

Bellerin, bekas pemain kademi remaja Barcelona, mengakui sukar buatnya untuk mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama sebaik Debuchy kembali daripada kecederaan. “Sekalipun anda fikir akan turun bermain, anda perlu berlatih lebih gigih kerana jika tidak, mungkin anda akan diketepikan bagi perlawanan berikutnya,” ujar pemain B-21 Sepanyol itu.

ARTIKEL YANG SAMA