Pemain juga berjuang untuk masa depan – Courtois

Pemain juga berjuang untuk masa depan – Courtois

LONDON, 5 Jan – Pemain-pemain Chelsea perlu berjuang untuk masa depan mereka di kelab di bawah pengurus sementara Guus Hiddink, penjaga gawang Thibaut Courtois berkata selepas perlawanan 3-0 di saingan Liga Perdana menentang Crystal Palace untuk meneruskan rekod tanpa kalah mereka kepada empat perlawanan. Hiddink mengambil alih daripada pengurus paling berjaya kelab itu Jose Mourinho, yang dipecat pada Disember berikutan kekalahan sembilan perlawanan dalam 16 perlawanan liga.

Juara Chelsea, dengan 23 mata daripada 20 perlawanan, kini di kedudukan ke-14 liga, lebih dekat ke zon penyingkiran berbanding zon empat teratas.

“Kami tahu kami juga bertanggungjawab. Kami mengadakan mesyuarat-mesyuarat pasukan di mana kami berkata sebegitu, kami berkata baiklah pengurus sudah pergi namun kami juga bertanggungjawab,” Courtois memberitahu para pemberita.

“Kami perlu meningkatkan tahap kami kerana kami tidak bermain begitu baik sebagai pemain Chelsea. Sekarang kami sedang meningkatkan permainan kami dan itu bagus.

Penjaga gawang Chelsea, Thibaut Courtois dalam salah satu aksinya. – Reuters
Penjaga gawang Chelsea, Thibaut Courtois dalam salah satu aksinya. – Reuters

“Apabila keputusan-keputusan tidak cukup baik, orang pertama akan dikritik ialah pengurus, tetapi bukan sahaja pengurus – para pemain juga perlu memainkan peranan. Kamilah yang tidak bermain secara baik.

“Kami masih pasukan yang sama seperti pasukan yang telah menjadi juara tahun lepas dengan Mourinho.” Ini merupakan kali kedua Hiddink menjadi pengurus sementara kelab itu, membawa Chelsea ke Piala FA ketika pengurusan pertamanya pada 2009.

The Blues akan menyambut kedatangan Scunthorpe United dalam saingan Piala A Sabtu ini, diikuti dengan beberapa perlawanan di tempat sendiri menentang West Bromwich Albion dan Everton dalam saingan liga.

“Mula-mula kami akan menentang Scunthorpe dan kami perlu bersedia. Ia akan menjadi perlawanan yang sukar, tiada perlawanan yang senang di England,” kata Courtois. “Kamu juga boleh disingkirkan seperti kami apabila menentang Bradford tahun lepas, Piala FA boleh bergerak pantas. Namun, mudah-mudahan, kami boleh menanginya dan kemudian Liga Juara-juara.”

ARTIKEL YANG SAMA