Pemain juga berjuang untuk masa depan – Smalling

Pemain juga berjuang untuk masa depan – Smalling

MANCHESTER, 30 Dis – Pemain pertahanan Manchester United Chris Smalling menafikan pendapat-pendapat skuad tersebut tidak menyokong pengurus Louis van Gaal dan berkata pemain-pemain juga berjuang untuk masa depan masing-masing.

Meskipun memperlihatkan prestasi yang meningkat ketika menentang Chelsea, United tetap tanpa menang dalam lapan perlawanan berturut-turut dan diletakkan di tangga keenam dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Kritikan terhadap keputusan buruk United secara umumnya telah disasarkan kepada Van Gaal, namun Smalling percaya tiada seorang pun patut berasa selamat.

“Jika apa-apa kami semua juga bermain untuk masa depan,” pemain antarabangsa England itu memberitahu media British. “Untuk berkata kami tidak bermain untuk pengurus adalah sesuatu yang bodoh.

“Setiap minggu kami mahu keluar dan menunjukkan kepada semua orang betapa hebatnya pasukan kami cuba untuk mengalahkan sesiapapun.”

Chris Smalling ketika dilayangkan kad kuning ketika perlawanan menentang Chelsea baru-baru ini. - Reuters
Chris Smalling ketika dilayangkan kad kuning ketika perlawanan menentang Chelsea baru-baru ini. – Reuters

Smalling merupakan salah seorang pemain yang prestasinya telah meningkat ketika pengurusan Van Gaal, dan dia berkeras sikap pengurus itu tidak berubah sama sekali.

“Dia adalah dirinya sendiri dari hari pertama kami berjumpanya dan begitulah dia ketika ini,” pemain pertahanan berusia 26 tahun, yang dilihat sebagai kapten masa depan United oleh pengurus Belanda itu.

Red Devils telah secara hebat dikritik mengenai cara permainan pengawalan bola yang ketat, namun lebih positif ketika menentang the Blues baru-baru ini. Smalling, bagaimanapun, berkeras pengurus itu tidak akan berubah.

“Dia tidak akan berubah dan itulah sebabnya dia memperoleh kecemerlangan sepanjang tahun,” kata pemain pertahanan itu, merujuk kepada kerjaya gemilang Van Gaal ketika bersama kelab-kelab Eropah yang berprestij. – Reuters