Pemain kecewakan Mourinho – Fabregas

Pemain kecewakan Mourinho – Fabregas

LONDON, 24 Dis (Agensi) – Cesc Fabregas sekali lagi menafikan yang dia lebih sanggup “kalah daripada menang” di bawah Jose Mourinho, dan menegaskan pemain-pemain Chelsea yang mengecewakan pengendali itu.

Bekas pemain Chelsea, Pat Nevin memohon maaf kepada Fabregas minggu ini selepas mengatakan pemain Sepanyol itu yang berkata demikian, menurut laporan media pada November lalu.

Fabregas menerima permohonan maaf Nevin itu, dan sekali lagi menekankan yang hubungannya dengan Mourinho sangat luar biasa. “Saya boleh katakan yang hubungan saya dengan Jose Mourinho cukup baik sekali seperti yang saya mahukan dengan mana-mana jurulatih yang membimbing kami.’

Cesc Fabregas dalam satu sesi latihan bersama kelabnya. – Reuters
Cesc Fabregas dalam satu sesi latihan bersama kelabnya. – Reuters

“Kelab bola sepak lebih penting berbanding mana-mana individu. Kami semua bertanggungjawab dalam mengecewakan kelab dan pengendali tahun ini. “Kami akan memperbaikinya, itu sudah pasti. Dengan bantuan anda kita mampu meninggalkan episod malang ini di belakang dan menjadikan Chelsea gemilang kembali,” kata Fabregas.

Fabregas sudah bersedia untuk pemilihan skuad utama oleh Guus Hiddink yang menentang Watford pada perlawanan pertamanya Sabtu ini selepas mengambil alih pasukan daripada Mourinho.