Pemain kurang jalani latihan – Giardiola

Pemain kurang jalani latihan – Giardiola

MANCHESTER, United Kingdom, 16 Okt – Pep Guardiola mengakui pemain–pemain Manchester City tidak berlatih melakukan sepakan penalti sebelum mereka terlepas dua sepakan penalti ketika keputusan yang berkesudahan seri 1-1 di laman sendiri menentang Everton.

Kevin De Bruyne dan Sergio Aguiero keduanya menyaksikan sepakan penalti mereka diselamatkan oleh penjaga gol, Maarten Stekelenburg sebelum tandukan menerusi pemain gantian Noltio membolehkan mereka mencatatkan satu mata untuk pasukan City.

Bagi Aguero, ia adalah kali kedua dia terlepas sepakan itu dalam minggu ini, selepas gagal menyudahkan sepakan penalti bagi pasukan Argentina ketika kekalahan persaingan kelayakan Piala Dunia 1-0 di tempat sendiri menentang Paraguay pada Selasa lalu.

Guardiola, menegaskan dia memiliki keutamaan yang lebih besar berbanding sepakan penalti ketika dia berusaha untuk mengembalikan pasukannya mendapatkan rentak.

Ditanya jika pemain–pemainnya telah berlatih melakukan sepakan penalti, dia berkata: “Tidak. Saya tidak mempunyai masa untuk berlatih segala latihan yang saya mahukan.”

“Anda boleh berlatih melakukan sepakan penalti dalam latihan, tetapi dalam latihan, tidak seorang pun ada di sana.”

“Dalam final Liga Juara-Juara, ia adalah penting. Jika pemain berkata, ‘Saya mahu berada di sana (mendapatkan sepakan penalty), ia sudah mencukupi.”

Guardiola membuat permulaan menarik dalam kendaliannya sebagai pengurus Manchester City, memenangi 10 perlawanan pertama dalam kendaliannya. – AFP