Pemain Leicester, Spurs dominasi pasukan tahunan terbaik EPL

Pemain Leicester, Spurs dominasi pasukan tahunan terbaik EPL

LONDON, 22 April – Pencabar kejuaraan liga, Leicester City dan Tottenham Hotspurs memiliki lapan pemain dalam Pasukan Tahunan Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA).

Empat pemain Leicester City yang kini berkelebihan lima mata di puncak liga ialah kapten pasukan, Wes Morgan, N’Golo Kante, Riyad Mahrez serta penyerang England, Jamie Vardy.

Sementara itu, bagi Tottenham Hotspus pula, empat pemain turut membarisi pasukan tahunan adalah Toby Alderweireld, Danny Rose dan Dele Alli serta gandingan Vardy di skuad kebangsaan England iaitu Harry Kane.

Senarai ini diputuskan menerusi pemilihan daripada semua pemain yang beraksi dalam EPL. Penjaga gol Manchester United, David de Gea; bek kanan Arsenal, Hector Bellerin dan perancang West Ham United, Dimitri Payet melengkapkan kesebelasan utama bagi pasukan tahunan PFA musim ini.

Sementara itu, bintang Arsenal, Mesut Ozil pula adalah calon pemain tahunan PFA yang tidak tersenarai dalam pasukan terbabit.

Pasukan Tahunan PFA terdiri daripada David de Gea (Manchester United); Hector Bellerin (Arsenal), Wes Morgan (Leicester), Toby Alderweireld (Tottenham), Danny Rose (Tottenham); Riyad Mahrez (Leicester), Dele Alli (Tottenham), N’Golo Kante (Leicester), Dimitri Payet (West Ham); Jamie Vardy (Leicester) dan Harry Kane (Tottenham). – AFP

ARTIKEL YANG SAMA