Pemain masih percayakan Mourinho – Herrera

Pemain masih percayakan Mourinho – Herrera

LONDON, 15 Nov – Pemain tengah Manchester United, Ander Herrera hari ini menolak kata-kata yang mengatakan Jose Mourinho ‘kehilangan’ kepercayaan skuad dalam bilik persalinan dan sebaliknya memuji pengurus kelab itu untuk harapannya beraksi pada pasukan senior Sepanyol.

Ketibaan Mourinho di Manchester seharusnya mengumumkan perubahan dalam nasib United selepas kegagalan mereka, di bawah kendalian, Louis van Gaal, untuk layak bagi Liga Juara-Juara bagi kali kedua dalam tempoh tiga tahun musim lalu.

Tetapi United pada masa ini ketinggalan enam mata dari empat pasukan teratas dalam Liga Perdana yang perlu untuk menyelamatkan tempat dalam Liga Juara-Juara- -biarpun perbelanjaan besar pra musim yang melibatkan bayaran rekod dunia berjumlah 89 juta paun (AS$109 juta, 100 juta euro) bagi yuran bayaran pemain midfield Paul Pogba.

Terdapat gambaran bahawa Mourinho, yang pernah menggambarkan dirinya “Yang Istimewa”, mungkin kehilangan sentuhan di tengah-tengah laporan para pemain senior tidak gembira dengan cara jurulatih dari Portugal itu.

Tetapi Herrera menegaskan bahawa Mourinho masih mempunyai kepercayaan daripada skuad pasukan pertama United.

Ander Herrera akan membuat penampilan sulungnya bersama skuad senior Sepanyol dalam perlawanan menentang England. – AFP
Ander Herrera akan membuat penampilan sulungnya bersama skuad senior Sepanyol dalam perlawanan menentang England. – AFP

“Kami mempunyai pepatah dalam Bahasa Sepanyol: anda menangkap penipu sebelum anda menangkap yang pincang,” Herrera memberitahu Daily Mail. “Ia adalah benar dalam kehidupan dan lebih-lebih lagi dalam bola sepak. Jika jurulatih tidak tegas, pemain kemudian akan mengetepikannya. Mourinho seorang yang tegas.

“Dia berkata apa yang dirasakannya dan dia menyatakannya kepada anda. Dia berkata apabila sesuatu yang kami suka, tetapi dia juga berkata apabila dia tidak menyukainya.

“Pasukan gembira hari demi hari. Latihan adalah dinamik dan segalanya dengan bola jadi pemain tidak akan hilang konsentrasi, tidak terdapat sesi lama atau perbincangan panjang pasukan.

“Dia seorang yang memahami apa yang diperlukan pemain bola sepak yang mana 20 minit bagi perbincangan pasukan dan kemudian anda terus memahaminya.”

Herrera, 27, akan membuat kemunculan senior Sepanyol menentang England dalam perlawanan persahabatan di Wembley awal pagi esok selepas menjadi pemain barisan utama United di bawah kendalian Mourinho dengan diberikan peranan lebih oleh pengurus kelabnya.

“Saya datang di sini kerana Mourinho memberikan saya peluang untuk mendapatkan posisi baru dan saya merasa selesa dengannya,” kata Herrera.

“Saya lebih defensif sekarang, beraksi di depan empat pemain pertahanan. Saya rasa saya mempunyai keupayaan untuk mendapatkan bola dengan segera apabila kami kehilangannya.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA