Pemain menjadi jurulatih

Pemain menjadi jurulatih

PARIS, 6 Jan (AFP) – Ia mungkin tidak mudah buat Zinedine Zidane untuk mengulang kejayaan yang dinikmatinya sebagai seorang pemain apabila dia menjadi jurulatih kepada kelab terkemuka seperti Real Madrid buat pertama kali.

Sudah banyak jaguh-jaguh bola sepak mencuba nasib mereka dalam bidang itu dengan pencapaian yang berbeza-beza. AFP Sport kini meninjau bagaimana kempen mereka dalam menjalani perubahan itu:

Diego Maradona

Pemain terbaik dalam generasinya, Maradona menerajui Argentina untuk memenangi Piala Dunia 1986 di Mexico yang menjadikannya berjaya dalam kerjayanya dan juga bermain buat Barcelona, Napoli dan Boca Juniors. Namun ketika berkhidmat menjadi jurulatih buat negaranya ia tidak begitu berjaya seperti kerjaya ketika menjadi pemain, selepas dibelasah 6-1 oleh Bolivia di peringkat kelayakan, Argentina tersingkir dari Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan di peringkat suku akhir, mengalami kekalahan yang memalukan 4-0 menentang Jerman. Beliau sebelumnya telah digantung selama dua bulan oleh FIFA apabila mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak media selepas Argentina terjamin tempat mereka di peringkat akhir. Berikutan pemergiannya selepas Piala Dunia, beliau memulakan tanggungjawabnya di kelab Al Wasl dari Emeriah Arab Bersatu.

Johan Cruyff

Tidak ada yang menikmati kejayaan sebagai seorang pemain dan jurulatih seperti Cruyff, orang yang mendefinisikan era bola sepak Belanda pada 1970an. Cruyff menjadi kapten pasukan Belanda yang berjaya ke perlawanan akhir Piala Dunia 1974 dan memenangi tiga Piala Eropah bersama Ajax serta gelaran liga bersama Barcelona. Beliau juga memenangi Ballon d’Or tiga kali. Sebagai jurulatih, dia mencapai kejayaan sederhana bersama Ajax sebelum membawa Barcelona yang berprestasi rendah ke era moden, ‘pasukan impiannya” memenangi empat gelaran liga berturut-turut dan Piala Eropah pertama dalam sejarah kelab. Beliau mengekalkan pengaruh yang besar kepada sesiapa yang mengurus Ajax dan Barcelona dan Pep Guardiola merupakan salah seorang muridnya, menjejaki langkahnya sebagai pemain bola sepak sebelum berpindah menjadi seorang jurulatih yang hebat.

Do football greats make good coaches?

Franz Beckenbauer

Beckenbauer salah seorang daripada dua (seorang lagi pemain Brazil Mario Zagallo) untuk memenangi Piala Dunia sebagai seorang pemain dan jurulatih. Beliau menjadi kapten buat pasukan Jerman Barat yang memenangi Piala Dunia 1974 menentang pasukan Belanda Cruyff dan kemudian menjadi jurulatih negaranya memenangi Piala Dunia Itali 1990. Beliau membantu Bayern Munich memenangi tiga Piala Eropah berturut-turut pada 1970an, namun rekodnya sebagai jurulatih tidak begitu baik. Walaupun beliau memenangi gelaran Bundesliga bersama Bayern pada 1994 dan Piala UEFA menentang Bordeaux 1996, dia lebih diingati ketika peranannya di gergasi Bavaria.

Michel Platini

Platini yang sedang digantung lapan tahun dari mana-mana aktiviti bola sepak kerana menerima pembayaran daripada presiden FIFA Sepp Blatter ketika menjawat presiden UEFA merupakan salah seorang pemain yang berjaya dalam generasinya, tetapi tidak begitu diingati ketika menjadi jurulatih. Warga Perancis itu pemain Eropah terbaik dalam generasinya, menerajui Les Bleus ke arah kejayaan pada Kejohanan Eropah 1984 dan memenangi Piala Eropah bersama Juventus dengan tiga Ballon d’Or. Namun sebagai jurulatih dia gagal untuk membawa Perancis ke Piala Dunia 1990 dan meletak jawatan selepas persembahan yang mengecewakan pada Euro 1992 di Sweden.

Marco van Basten

Seorang lagi pemenang Ballon d’Or tiga kali, kerjaya sebagai pemain van Basten begitu cemerlang walaupun terpaksa berhenti akibat kecederaan pada usia 28 tahun. Bekas penyerang Ajax itu adalah sebahagian daripada pasukan AC Milan yang mendominasi Itali dan Eropah pada lewat 1980an dan awal 1990an, tapi pencapaiannya yang paling diingati ketika dia menjaringkan gol yang dihasilkannya pada perlawanan akhir Kejohanan Eropah 1988 di Belanda menentang Soviet Union. Sebagai jurulatih Belanda, pasukannya disingkirkan dari Piala Dunia 2006 di peringkat 16 terakhir dan Euro 2008 di peringkat suku akhir.