Pemain muda ketepikan Federer

Pemain muda ketepikan Federer

MADRID, 7 Mei (AFP) – Pemain muda Australia, Nick Kyrgios mengetepikan pilihan utama Roger Federer dari Terbuka Madrid semalam dengan kemenangan 6-7(2/7), 7-6(7/5), 7-6(14/12).

Kyrgios, yang menewaskan Rafael Nadal di Wimbledon tahun lepas, menghasilkan 22 ace berbanding Federer 15 dan seterusnya akan menghadapi John Isner dari AS.

“Saya beraksi dengan baik di atas gelanggang tanah liat baru–baru ini, jadi saya tahu saya berpeluang untuk pergi ke luar sana dan melakukan dengan baik. Saya kekal dengan permainan saya dan membuat servis dengan baik dan mencatatkan kemenangan,” kata Kyrgios yang berada di tempat kedua di gelanggang tanah liat di Estroil hujung minggu lalu.

“Saya rasa sebab itu mengapa saya beraksi di gelanggang besar menentang pemain besar. Dia adalah terbaik sepanjang masa tanpa diragui.

Pilihan utama, Federer menyelamatkan lima mata penamat dalam tiebreaker penentuan sementara dua dibatalkan daripada pukulan kencang pemain Australia itu yang berada di ranking ke-35.

Nick Kyrgios semasa menentang Roger Federer di Terbuka Madrid semalam. – AFP
Nick Kyrgios semasa menentang Roger Federer di Terbuka Madrid semalam. – AFP

“Saya tidak dapat membalas servis pertamanya. Persembahan untuk pukulan balas saya hambar,” kata Federer. “Ia menjadikan kehidupan sukar bagi saya. Saya kecewa bagaimana saya beraksi dan ia menjejaskan permainan saya.”

Sementara itu, pilihan kedua Andy Murray mara selepas menewaskan Philipp Kohlschreiber dari Jerman 6-4, 4-6, 6-0 pada persaingan pusingan kedua yang berakhir selepas jam 3 pagi hari ini.

Murray, yang menewaskan Kohlschreiber di Munich yang ditangguhkan kerana hujan Isnin lalu dalam satu lagi persaingan tiga set untuk memenangi gelaran gelanggang tanah liat, seterusnya menghadapi Marcel Granollers dari Sepanyol.

Nadal kembali ke zon selesa gelanggang tanah liat dan memulakan kempen gelaran Terbuka Madrid kelima dengan menewaskan Steve Johnson 6-4, 6-3.