Pemain muda mula kuasai Federer

Pemain muda mula kuasai Federer

HALLE WESTFALEN, Jerman, 19 Jun (AFP) – Alexander Zverev memberikan kejutan ketika dia menewaskan pemenang lapan kali dan pilihan utama, Roger Federer dalam pertandingan separuh akhir permukaan gelanggang rumput Halle semalam.

Federer yang terdedah kepada kesilapan atas permukaan pilihannya mungkin boleh menjelaskannya akibat kecederaan belakang yang menyaksikan pemain itu, 34, tidak beraksi dalam Terbuka Perancis bulan lalu, tetapi ini bukanlah persediaan bagi Wimbledon yang dimahukan pemain dari Switzerland itu.

Zverev, 19, mencatatkan kemenangan 7-6 (7/4), 5-7, 6-3 untuk mara ke Jelajah ATP keduanya selepas dikalahkan oleh Dominic Thiem atas permukaan tanah liat di Nice pada bulan lalu. Pertandingan itu akan menyaksikan kesemua pesaing Jerman selepas Florian Mayer pemain ranking ke-192 menewaskan pemain nombor tujuh dunia, Thiem, 6-3, 6-4 dalam separuh akhir kedua semalam.

Ketika Zverev berusaha bagi memenangi gelaran kerjaya pentingnya, Mayer beraksi bagi final keenamnya, dan yang pertamanya dalam hampir tempoh lima tahun ketika dia menyasarkan gelaran ATP kedua selepas Bucharest pada September 2011.

Zverev yang menewaskan Federer pada perlawanan separuh akhir di Halle. – AFP
Zverev yang menewaskan Federer pada perlawanan separuh akhir di Halle. – AFP

“Ia adalah luar biasa untuk mencatatkan kemenangan ke atas Roger, terutamanya di atas gelanggang rumput,” kata Zverev. “Saya beraksi dengan baik dan melakukan servis yang bagus sekali lagi. Saya rasa ia membantu saya sedikit dan saya beraksi dengan baik dalam kedudukan yang penting.

“Ia menarik untuk menang seperti itu. Ia menarik dengan permainan seperti itu untuk berada di Wimbledon dan jelas ke final di sini.

“Jangan lupa bahawa ini adalah pertandingan besar bagi saya. Kita akan melihat apa yang berlaku esok tetapi saya gembira dengan persembahan saya hari ini.”

Federer, juara Grand Slam 17 kali, memenangi tiga pertandingan Terbuka Halle yang lalu tetapi dia bertemu dengan pesaingnya pemain nombor 38 dunia.

Hanya seminggu sebelum bermula Wimbledon, ia adalah kekalahan separuh masa kedua berturut-turut di atas gelanggang rumput bagi pemain nombor tiga dunia selepas Thiem menewaskannya di Stuttgart pada minggu lalu.

ARTIKEL YANG SAMA