Pemain perlu menilai diri sendiri – Guus Hiddink

Pemain perlu menilai diri sendiri – Guus Hiddink

LONDON, 24 Dis (Reuters) – Guus Hiddink percaya Chelsea boleh menamatkan dalam kedudukan empat teratas liga oerdana tetapi memberitahu para pemain kelab itu untuk menilai diri sendiri.

Pengurus dari Belanda itu memulakan kendalian kedua sebagai pengurus sementara di Stamford Bridge dan tidak di bawah khayalan mengenai tugasan yang dihadapinya setelah menjawab panggilan Chelsea dalam keputusan untuk memecat Jose Mourinho minggu lalu.

“Secara perkiraan ia adalah mungkin,” Hiddink, yang dalam keadaan tenang, yang membuktikan begitu popular pada 2009 apabila mengambil alih dari Luis Felipe Scolari dari Brazil yang dipecat, memberitahu wartawan pada sidang akhbar di pangkalan latihan kelab itu.

“Jika anda boleh meningkatkan jadi ia satu kemungkinan tetapi liga ini begitu panjang, yang telah dibuktikan pada tahun ini dengan melihat kesemua kelab-kelab di atas – Leicester City, Crystal Palace dan Watford….ia luar biasa dan segar.

“Ia bermakna kesemua pasukan boleh menghentikan sesama sendiri.”

Guus Hiddink dalam satu sidang media bersama para pemberita baru-baru ini. – Reuters
Guus Hiddink dalam satu sidang media bersama para pemberita baru-baru ini. – Reuters

Chelsea berada di tangga ke-15, setelah tewas sembilan dari 17 perlawanan pembukaan Liga Perdana mereka, 10 mata di belakang Watford yang berada di tangga ketujuh yang akan mereka hoskan pada Sabtu ini pada awal jadual Krismas yang juga melibatkan pertemuan bersama Manchester United.

Mereka 11 mata di belakang Tottenham Hotspur di tangga keempat.

Hiddink menyaksikan kemenangan Chelsea 3-1 ke atas Sunderland hujung minggu lalu, perlawanan pertama selepas pelepasan Mourinho, dari tempat duduk, dan sedar mengenai ejekan yang ditujukan kepada pemain-pemain tertentu yang dirasakan peminat menyumbang kepada kejatuhan Mourinho.

Dia meminta semua pemain untuk bersatu.

“Semalam saya bercakap sepenuhnya kepada skuad itu mengenai masa lalu,” kata pengurus itu, 69. “Saya berkata mengapa saya berada di sini dan saya mahu semua orang melihat ke dalam cermin dan perlu kritikal.

“Kita tidak dapat mengabaikan apa yang berlaku pada masa lalu tetapi saya memberitahu mereka untuk profesional dan melihat ke depan,” tambahnya.

ARTIKEL YANG SAMA