Pemain pilihan mara

Pemain pilihan mara

PARIS, 29 Mei (Reuters) – Berbanding kejutan dalam perlawanan pihak wanita, perlawanan tenis pilihan lelaki tidak menghadapi masalah dan ia diteruskan semalam apabila juara bertahan, Rafael Nadal, Novak Djokovic dan Andy Murray mara ke pusingan ketiga.

Semua tumpuan adalah ke atas Nadal ketika pemain dari Sepanyol itu berusaha untuk kembali tepat pada masanya dalam usaha melanjutkan rekod gelaran Terbuka Perancis ke-10, walaupun terdapat sedikit kelemahan diperlihatkan ketika dia menewaskan rakan senegaranya Nicolas Almagro dengan mudah.

Nadal mencatatkan rekod kemenangan Roland Garros kepada 68-1 atas kemenangan 6-4, 6-3, 6-1- -keempatnya tanpa melepaskan satu set ketika berdepan Almagro di gelanggang tanah liat Paris.

Djokovic memerlukan masa rehat kecederaan apabila tergelincir dan mengalami kecederaan di bahagian groin dalam kemenangan straight set ke atas Gilles Muller dari Luxembourg, walaupun dia kelihatan tidak bermasalah apabila berjabat tangan bersama pemain bola sepak terhebat Sweden, Zlatan Ibrahimovic.

Sementara itu, pemain pilihan ketiga Murray mendapat persaingan sengit oleh Joao Sousa dari Portugal tetapi mara dengan 6-2, 4-6 6-4 6-1 untuk bersedia berdepan dengan pemain muda dari Australia, Nick Kyrgios.

Para Pemain pilihan terus mara di Kejohanan Terbuka Perancis. – Reuters
Para Pemain pilihan terus mara di Kejohanan Terbuka Perancis. – Reuters
Rafael Nadal of Spain reacts during the men's singles match against compatriot Nicolas Almagro at the French Open tennis tournament at the Roland Garros stadium in Paris, France, May 28, 2015.             REUTERS/Vincent Kessler
Rafael Nadal of Spain reacts during the men’s singles match against compatriot Nicolas Almagro at the French Open tennis tournament at the Roland Garros stadium in Paris, France, May 28, 2015. REUTERS/Vincent Kessler

Di Gelanggang Satu, dengan nama samaran, Bull Ring, bekas juara wanita, Francesca Schiavone dan Svetlana Kuznetsova bersaing selama tiga jam dan 50 minit sebelum Schiavone dari Itali mencatatkan kemenangan 6-7 (11) 7-5, 10-8.

Kuznetsova dari Rusia melakukan servis bagi menyudahkan pertandingan sebanyak empat kali pada set ketiga dan mencatatkan satu mata penamat di mana Schiavone, 34, menyelamatkan dengan pukulan backhand sebelum pemain dari Itali itu melakukan pukulan terakhir untuk berada di depan dan mencatat kemenangan.

Di Gelanggang Tujuh, peminat bersesak untuk menyaksikan pemain remaja dari Australia, Thanasi Kokkinakis menewaskan bekas perintisnya, Bernard Tomic 3-6, 3-6, 6-3 6-4 8-6.

ARTIKEL YANG SAMA