Pemain ‘Pokemon Go’ jatuh

Pemain ‘Pokemon Go’ jatuh

SYDNEY, 12 Sept – Seorang lelaki Australia Barat terjatuh ke Sungai Perth Swan pada pagi hari ini semasa bermain permainan mudah alih Pokemon Go, lapor media tempatan.

Polis WA dalam satu kenyataan tiga perenggan yang disiarkan di Facebook berkata mereka telah bergegas ke Jeti Barrack Street pada kira-kira 12:45 waktu tempatan hari ini selepas menerima laporan daripada seorang pegawai keselamatan yang menyaksikan lelaki itu jatuh dari jeti ke dalam air.

“Polis datang dengan lampu kecemasan dan siren dan ketika tiba, tetapi pegawai keselamatan telah menariknya dari sungai tersebut ke jeti,” kata polis WA.

“Menurut polis, lelaki berkenan berkata beliau bersandar di jeti dan cuba untuk menangkap ‘Pokemon’.”

Mujurlah, lelaki yang tidak dinamakan itu tidak cedera.

Insiden itu berlaku selepas polis WA menyiarkan pengumuman keselamatan masyarakat tentang permainan mudah alih yang popular Pokemon Go ke media sosial pada bulan Julai.

Dalam post yang dikongsi lebih 1,200 kali, polis menggesa warga Australia supaya berhati-hati dan mengekalkan keselamatan dan undang-undang semasa bermain permainan Pokemon Go di negeri ini. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA