Pemain remaja Juventus bakal diturunkan

Pemain remaja Juventus bakal diturunkan

MILAN, 25 Nov – Jurulatih Juventus Massimiliano Alegri mungkin akan memberikan pemain remaja Moise Kean penampilan penuhnya bagi kelab gergasi Turin yang dilanda kecederaan itu pada perlawanan Ahad, meskipun dia secara rahsia merupakan penyokong kelab AC Milan.

Kean, penyerang berbadan tegap, 16, membuat penampilan pertama buat Juventus apabila dia menggantikan Mario Mandzukic dalam kemenangan 3-0 ke atas Pescara minggu lepas.

Pada Selasa lepas Kean mempamerkan bakatnya kepada penonton global apabila dia membuat penampilan di saat-saat akhir dalam kemenangan 3-1 Liga Juara-Juara ke atas Sevilla bagi menjamin tempat Juventus ke pusingan 16 terakhir.

Kini, dia boleh memulakan permainan bersama bintang Croatia Mandzukic di stadium Luigi Ferraris jika penyerang Argentina Gonzalo Higuain gagal untuk pulih sepenuhnya dari kecederaan lutut yang menyebabkannya dibangkukan di Seville.

Pemain muda Juventus Moise Kean yang dijangka akan dimainkan pada perlawanan menentang AC Milan. – AFP
Pemain muda Juventus Moise Kean yang dijangka akan dimainkan pada perlawanan menentang AC Milan. – AFP

Juara Itali itu kini menerajui tujuh mata di depan Roma dan Milan menjelang kunjungan ke Genoa Ahad ini dan Allegri sudah tentu tidak akan berupaya untuk memainkan Paulo Dybala dan penyerang midfield Marko Pjaca.

Pilihan-pilihan di bahagian serangan begitu terhad dan Allegri berkata selepas perlawanan Selasa lepas: “Dalam masa Pjaca dan Dybala masih tidak boleh dimainkan, maka dia (Kean) akan menggantikan peranan itu buat seketika.

“Dia membuat kemajuan dan ada kalanya bagus dan tidak, seperti mana pemain-pemain muda lain, namun dia dalam laluan kembali semula ke tahapnya selepas hanya menggunakan sedikit sahaja tenaga mental.” – AFP