Pemain sama harapan Mourinho

Pemain sama harapan Mourinho

MONTREAL, 22 Julai – Pengurus Chelsea Jose Mourinho menegaskan juara Liga Perdana itu tidak merancang untuk membuat penambahan besar kepada skuad, dengan mendedahkan dia menikmati prospek menambah usaha untuk mempertahankan gelaran dengan set pemain yang sama.

Selain ketibaan Radamel Falcao dan pemergian penjaga gol Petr Cech, Chelsea sebahagian besarnya tidak aktif dalam perpindahan musim panas sementara pasukan saingan seperti Manchester United pula berbelanja sakan.

Dan meskipun Chelsea terus dikaitkan dengan perpindahan pemain pertahanan Inggeris dari kelab Everton, John Stones, Mourinho menekankan bahawa tidak ada peluang kelab juara Inggeris itu akan membuat perbelanjaan besar dalam pasaran perpindahan.

Mourinho mengesahkan kelab itu mungkin mengeluarkan pemain pertahanan Filipe Luis dan akan mencari pengganti.

“Kami perlukan pertahanan kiri kerana saya berpendapat kami akan menjual Filipe Luis, maka kami perlu pergi ke pasaran. Tetapi kami tidak ada ruang bagi posisi lain.”

Pasukan seperti Manchester United telah mengukuhkan skuadnya dengan menyambar pemain berkaliber termasuk Bastian Schweinsteiger dari pasukan Jerman yang memenangi Piala Dunia dan Morgan Schneiderlin, Mourinho menegaskan dia gembira dengan apa yang dia ada. – AFP