Pemain tenis terlibat atur perlawanan

Pemain tenis terlibat atur perlawanan

LONDON, 18 Jan – Enam belas pemain tenis di ranking 50 terbaik dunia sejak sedekad lalu, termasuk pemenang Grand Slam disyaki terbabit dalam skandal mengatur perlawanan, lapor media.

Syarikat media Britain, BBC dan BuzzFeed News yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mendakwa mereka sudah menemui fail rahsia yang mendedahkan bukti berlakunya gejala rasuah di peringkat tertinggi tenis dunia itu.

“Lebih sedekad lalu 16 pemain yang berada di ranking 50 terbaik dunia sudah berkali-kali dipanggil Unit Integriti Tenis (TIU) atas kecurigaan mereka sengaja tewas dalam perlawanan,” dakwa BBC.

“Kesemua pemain itu, termasuk pemenang Grand Slam bagaimanapun dibenarkan untuk terus bermain.” Laporan mengejutkan itu didedahkan di ambang kejohanan Grand Slam pertama tahun ini, Terbuka Australia membuka tirainya di Melbourne, hari ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA