Pemain termahal EP

Pemain termahal EP

MANCHESTER, 16 Julai – Raheem Sterling muncul pemain termahal dalam sejarah bola sepak Inggeris selepas menandatangani kontrak lima tahun bersama Manchester City dari Liverpool.

Pemain berusia 20 tahun itu melengkapkan perpindahan ke kelab yang menjuarai liga pada 2014 itu selepas melepasi ujian perubatan dengan nilai berpindahan 44 juta pound atau berkemungkinan boleh mencecah sehingga 49 juta pound

“Sudah tentu saya gembira dan inilah detik manis untuk saya serta keluarga.

“Saya lega kerana segala-galanya sudah berakhir dan tidak sabar untuk turun beraksi di atas padang,” katanya di laman web rasmi kelab itu.

“Perkara paling menggembirakan saya ialah kelab baru ini mempunyai antara barisan pemain terbaik dunia dan berupaya untuk memenangi kejuaraan,” katanya lagi.

Top 10 English Premier League Transfers

Detik perpindahan itu bermula selepas Sterling tidak menyertai Liverpool untuk aksi jelajah Thailand, Australia dan Malaysia.

Pengurus City Manuel Pellegrini berkata, beliau berbangga kerana dapat mendapatkan antara penyerang terbaik dunia ketika ini.

Pengendali dari Chile itu berkata: “Dia adalah seorang pemain muda yang mempunyai kebolehan luar biasa. Saya pasti penyokong Manchester City gembira melihat aksinya di atas padang.”

Laman web rasmi Manchesteri City mengeluarkan kenyataan: “Manchester City gembira untuk mengumumkan Raheem Sterling sudah menyertai kami dengan kontrak lima tahun.”

“Perpindahan pemain Inggeris berusia 20 tahun itu adalah rekod perpindahan tertinggi untuk seorang pemain Inggeris.”

Sterling memecahkan rekod perpindahan tertinggi untuk pemain Inggeris yang dipegang Andy Caroll sebelum ini iaitu sebanyak £35 juta (RM208 juta) ketika berpindah dari Newcastle ke Liverpool. – AFP