Pemain ternama meriahkan Rio

Pemain ternama meriahkan Rio

RIO DE JANEIRO, 5 Ogos – Novak Djokovic, Andy Murray dan Serena Williams mendahului perjuangan bagi sejarah Olimpik bermula esok yang akan membantu mengangkat kesuraman akibat beberapa penarikan diri dari perlawanan Rio.

Pemain nombor satu dunia, Djokovic boleh menyempurnakan Golden Slam dengan menambah pingat emas untuk merebut empat perlawanan besar yang dicapainya pada Terbuka Perancis pada bulan Jun.

Juara-juara bertahan Murray dan Serena Williams, Rafael Nadal yang mengalami kecederaan dan Venus Williams bakal menjadi pemain-pemain pertama memenangi lebi dari satu pingat emas sejak tenis kembali ke Sukan itu pada tahun 1988.

Pemain pilihan utama Djokovic bakal berdepan tugas paling sukar apabila dia berdepan dengan Juan Martin del Potro dalam perlawanan pembukaan esok.

pg23_160806_olympic logo

Aksi Novak Djokovic semasa sesi latihan di Pusat Tenis Olimpik di Rio de Janeiro pada Khamis lalu. – AFP
Aksi Novak Djokovic semasa sesi latihan di Pusat Tenis Olimpik di Rio de Janeiro pada Khamis lalu. – AFP

Pasukan dari Serb itu pernah ditumpaskan dengan straight sets oleh pasukan Argentine dan perlawanan merebut pingat gangsa empat tahun lalu. Djokovic telah mencatat rekod 11-3 menentang Del Potro, meskipun kedua-duanya belum bertemu selama tiga tahun.

Del Potro, jaguh Terbuka AS 2009, datang ke Rio dengan ranking dunia 145 setelah berada pada kedudukan setinggi-tingginya empat dalam tahun 2011 sebelum kariernya hampir berakhir ekoran empat pembedahan pergelangan tangan.

Djokovic berkata dia tidak pernah berniat menarik diri dari Rio yang mana lima dari 10 pemain handal dunia Roger Federer, Stan Wawrinka, MIlos Ranic, Tomas Berdych dan Dominic Thiem tidak akan beraksi.

Murray juga sentiasa ingin beraksi meskipun dia tidak menjejakkan kakinya di gelanggan tenis dalam pertandingan sejak memenangi Wimbeldon kedua pada bulan Julai. – AFP