Pemain utama alami kecederaan – Wenger

Pemain utama alami kecederaan – Wenger

LONDON, 15 Ogos – Kemenangan 4-3 Liverpool di gelanggang Arsenal mungkin perlawanan terbaik pada pembukaan Liga Perdana Inggeris daripada segi drama, tetapi terdapat banyak kelemahan yang perlu pengurus fikirkan.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger merungut berkenaan keburukan daripada kejohanan Eropah pada pra-musim dan berharap pemainnya dapat kembali bangkit walaupun sakit kepala memikirkan kecederaan baharu yang membelenggu skuad itu.

Wenger terpaksa menggandingkan bek tengah yang kurang berpengalaman, Calum Chambers dengan pemain baharu Rob Holding apabila Laurent Koscielny terpaksa berehat panjang selepas final Euro 2016.

Walaupun gandingan pertahanan sementara itu melepaskan empat gol, keputusan untuk menurunkan Aaron Ramsey juga memakan diri selepas pemain tengah Wales itu dikeluarkan pada awal permainan kerana kecederaan hamstring.

Pertahanan Arsenal pada perlawanan itu seperti mudah ditembusi oleh serangan daripada pihak lawan. – AP
Pertahanan Arsenal pada perlawanan itu seperti mudah ditembusi oleh serangan daripada pihak lawan. – AP

“Secara fizikalnya, kami tidak bersedia,” kata Wenger. “Apabila mereka tidak bersedia dan mereka bermain dalam perlawanan seperti ini, mereka mendapat cedera, seperti Ramsey.

“Atau anda memberi mereka rehat yang diperlukan dan anda memulakan musim tanpa ramai pemain utama.”

Ramsey mendapat kecederaan ketika Wenger benar-benar berusaha untuk mengelakkan daripada masalah itu berlaku selepas Koscielny, pemain tengah Mesut Ozil dan penyerang Olivier Giroud sudah berada dalam senarai pemain yang cedera. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA