Pemain Villa tidak cukup cergas

Pemain Villa tidak cukup cergas

LONDON, 4 Okt (Reuters) – Pengurus pasukan Aston Villa, Tim Sherwood memberi amaran terhadap para pemainnya yang tidak terlibat dalam kelayakan Euro 2016, mereka menghadapi dua minggu kesukaran ketika rehat antarabangsa, yang mendakwa skuadnya tidak cukup cergas.

Pasukan kendalian Sherwood itu diejek di luar padang di Villa Park semalam selepas kekalahan 1-0 di laman sendiri kepada Stoke City yang menyaksikan mereka berada di tangga ketiga tercorot dengan empat mata dari lapan perlawanan. Mereka hanya mencatatkan kemenangan pada perlawanan pembukaan musim ini.

“Saya akan menggunakan rehat antarabangsa untuk mencergaskan pemain-pemain saya kerana mereka tidak cukup cergas untuk beraksi dengan cara yang saya mahu,” kata Sherwood.

“Bagi sebahagian mereka, ia adalah seperti pra musim mini.”

Sherwood, yang memiliki setengah musim sebagai pengurus Tottenham Hotspur pada 2013-14 apabila Andre Vilas-Boas dipecat, mengambil alih tugasan Villa pada Februari dan melalui pergelutan penyingkiran dengan pasukannya berada di satu anak tangga di atas zon penyingkiran.

Tetapi dengan Villa menjual pemain penyerang seperti Cristian Benteke kepada Liverpool dan pemain tengah Fabian Delph kepada Manchester City, mereka akan menghadapi satu lagi musim pergelutan.

“Saya berasa kecewa, kami perlu memenangi perlawanan di tempat sendiri kepada pasukan yang dapat kami pintas,” katanya mengenai kekalahan kepada Stoke. “Kami gagal untuk menguasai dan ia tidak cukup bagus.

“Keadaan semakin teruk, ia adalah bagus mengatakan jika, tetapi dan mungkin, tetapi kami tidak mencatatkan kemenangan dan itulah mengapa kami menghampiri kedudukan tercorot liga.”

Perlawanan Villa seterusnya adalah di gelanggang luar menentang Chelsea pada 17 Oktober.