Pemakanan sihat tangani obesiti dan diabetes semasa hamil

Pemakanan sihat tangani obesiti dan diabetes semasa hamil

Oleh Dr Siti Khadijah Ismail

Konsultan Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC)

 

DIABETES gestasi merupakan salah satu komplikasi semasa mengandung terutamanya bagi wanita yang mengalami lebihan berat badan. Sempena Hari Diabetes dan Hari Anti-Obesiti Sedunia di bulan November ini,tepat masanya untuk kita menilai mengapa kita perlu mencegah atau mengawal diri daripada obesiti dan diabetes terutamanya semasa hamil. Meskipun anda adalah seorang diabetik, masih belum terlewat untuk mengawal diabetes semasa mengandung.

Kadar gula dalam darah yang baik adalah satu-satunya indikasi yang boleh meramal keputusan terbaik dalam diabetes semasa hamil. Merawat diabetes semasa mengandung boleh mengurangkan masalah tekanan darah ketika mengandung, masalah bersalin dan macrosomia (anak damit besar). Tersenarai di bawah adalah beberapa fakta mengapa kita perlu memantau dan mencegah diabetes atau obesiti.

Risiko diabetes semasa mengandung terhadap ANDA

1) Tekanan darah tinggi semasa mengandung atau di masa akan datang.

2) Pre-eclampsia – satu kondisi khusus semasa mengandung yang melibatkan tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing.

3) Kelahiran pramatang.

4) Kelahiran melalui induksi atau pembedahan.

5) Mendorong kepada diabetes dalam jangka masa lima tahun selepas mengandung.

pgm2_161126_a

Risiko diabetes semasa mengandung terhadap ANAK ANDA

1) Anak damit besar (macrosomia)

2) Kekurangan gula dalam darah anak damit selepas bersalin (neonatal hypoglycaemia)

3) Distosia bahu, di mana bahu dan badan fetus terperangkap di dalam pelvis ibu, disebabkan pengagihan lemak berlebihan pada badan fetus.

4) Anak-anak bagi ibu-ibu yang menghidapi diabetes gestasi lebih cenderung kepada berat badan berlebihan.

5) Anak-anak bagi ibu-ibu yang menghidapi diabetes gestasi lebih cenderung kepada obesiti.

6) Anak-anak bagi ibu-ibu yang menghidapi diabetes gestasi lebih cenderung ke arah diabetes di kemudian hari.

Langkah pencegahan diabetes atau obesiti semasa mengandung

1) Elakkan 3P dalam pemakanan: nasi putih, roti putih dan gula putih.

2) Senaman semasa mengandung mengurangkan risiko diabetes sebanyak 30 hingga 36 peratus.

3) Senaman ringan termasuk toning, kekuatan, fleksibiliti dan aerobik yang sesuai ketika mengandung ada selamat.

4) Senaman bukanlah sesuatu yang perlu ditakutkan semasa mengandung. Senaman sederhana adalah selamat bagi ibu dan anak dalam kandungan. Senaman paling mudah adalah berjalan kaki selama 30 minit sehari.

Pemakanan sihat semasa mengandung

1) Mengandung tidak bermaksud ‘makan untuk dua orang (atau tiga!)’.

2) Ibu mengandung tidak memerlukan kalori tambahan ketika enam bulan pertama semasa mengandung. Semasa 12 minggu terakhir, barulah mereka perlu tambahan 200 kalori (sekitar dua keping roti).

Suplemen semasa mengandung dan berapa banyak?

1) Folic Acid

Folic Acid membantu mengurangkan risiko anak damit anda mendapat spina bifida. Dos harian yang dinasihatkan adalah 400 mikrogram (mcg). Secara idealnya anda perlu mula mengambil folic acid sebelum anda mengandung dan diteruskan sehingga kandungan mencecah minggu ke-14.

Oleh sebab sebanyak 70 peratus kehamilan tidak dirancang, jika anda tidak mengambil folic acid sebelum anda mengandung, anda boleh mengambil folic acid selepas anda mendapati diri anda mengandung. Ia tidak mendatangkan kemudaratan untuk mengambilnya sepanjang anda mengandung.

Sebahagian wanita memerlukan dos folic acid yang lebih tinggi

Sebahagian wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak damit yang mempunyai masalah spina bifida. Anda dinasihatkan untuk mengambil lima 5 miligram (mg) folic acid jika:

  1. i) Anda mempunyai diabetes mellitus.
  2. ii) BMI anda melebihi 30kg/m2 (Obesiti).

iii) Anda mengambil ubat-ubatan bagi epilepsi.

  1. iv) Anda mempunyai penyakit talasemia.
  2. v) Anda atau pasangan anda mempunyai spina bifida.
  3. vi) Kehamilan anda sebelum ini mempunyai spina bifida.

2) Iron

Sebahagian besar wanita tidak perlu mengambil tambahan iron di sepanjang kehamilan kerana ia tidak memberikan manfaat terhadap kesihatan anda dan mungkin menyebabkan pedih hulu hati (heartburn), sembelit atau diarea. Di Negara Brunei Darussalam, kadar hemoglobin akan diperiksa ketika kandungan mencecah 28 minggu. Anda dinasihatkan mengambil iron jika anda:

  1. i) Didapati anemik (hemoglobin rendah).
  2. ii) Adanya risiko menjadi anemik.

iii) Mengandung anak kembar (atau lebih!).

3) Vitamin D

Kesemua wanita mengandung dinasihatkan untuk mengambil 10 mcg vitamin D semasa mengandung dan menyusukan anak. Ini boleh membantu perkembangan tahun pertama anak damit anda dan mengurangkan risiko penyakit riket.

Anda mungkin mempunyai kadar vitamin D yang rendah jika:

  1. i) Anda keturunan Asia Selatan, Afrika, Timur Tengah atau Caribbean.
  2. ii) BMI anda melebihi 30kg/m2 (Obesiti).

iii) Anda banyak menghabiskan masa di dalam rumah.

  1. iv) Anda menutup kulit anda atau menggunakan krim perlindungan ketika di luar rumah.
  2. v) Anda mempunyai pemakanan vitamin D yang rendah (sebagai contoh telur, daging, dan bijirin).

4) Adakah anda perlukan vitamin C?

Pengambilan vitamin C secara rutin adalah tidak perlu. Namun, vitamin C bermanfaat semasa mengandung kerana ia membantu menyerap iron dan boleh mencegah daripada anemia. Ia juga boleh merangsang sistem kekebalan badan anda.

5) Adakah anda perlukan vitamin K?

Vitamin K diperlukan agar darah anda membeku dengan sebaiknya dan mengurangkan risiko pendarahan. Anda tidak perlu mengambil suplemen vitamin K semasa mengandung melainkan anda mempunyai penyakit hati atau mengambil ubat-ubatan bagi epilepsi. Bagaimanapun, anak-anak damit mempunyai kadar vitamin K yang rendah. Oleh itu, walaupun anda tidak perlu mengambil vitamin K semasa mengandung, anak damit anda akan diberikan vitamin K selepas lahir bagi mengelakkan sebarang penyakit pendarahan kelahiran.

Senarai Vitamin yang tidak digalakkan bagi ibu mengandung

Sebahagian besar tablet multivitamin bagi kegunaan ibu mengandung mengandungi sejumlah kecil vitamin yang selamat semasa mengandung. Bagaimanapun, elakkan daripada mengambil dos yang lebih besar bagi vitamin-vitamin di bawah ini melainkan ditentukan oleh pakar obstetrik anda.

1) Vitamin A

Vitamin A yang berlebihan boleh membahayakan perkembangan sistem saraf anak anda. Elakkan suplemen vitamin A yang mengandungi lebih daripada 700 mcg. Elakkan hidangan hati, produk hati atau minyak hati ikan yang mungkin mengandungi kadar vitamin A yang tinggi.

2) Vitamin E

Tidak ada bukti pengambilan vitamin E memberikan manfaat semasa mengandung.

3) Suplemen vitamin B selain daripada folic acid

Anda tidak memerlukan suplement vitamin B yang lain semasa mengandung. Jika anda mengalami muntah yang teruk, pakar obstetrik anda mungkin akan memberikan Vitamin B6 (Pyridoxine) bagi membantu mengurangkan rasa mual, atau B1 (Thiamine) untuk mencegah kekurangan.

ARTIKEL YANG SAMA