Pemanah menye...

Pemanah menyelamatkan Madrid dari haiwan penceroboh

SEPANYOL – Aktiviti memanah ini merupakan salah satu aktiviti yang memang sering dilakukan semasa zaman pertengahan lagi dan ia masih diamalkan sehingga ke zaman moden Sepanyol hari ini.

Di salah sebuah kawasan perhutanan di Madrid, kelihatan seorang lelaki menggunakan pakaian penyamaran dan duduk di atas pokok pada waktu malam menunggu untuk membunuh penceroboh itu.

Selama lima tahun, pihak berkuasa di bandar raya tersebut telah menggunakan teknik tersebut untuk memusnahkan babi hutan yang telah menceroboh di bandar-bandar utama menyebabkan huru hara di kalangan penduduk tempatan. Seramai 55 pemburu sukarela telah berjaya menundukkan sebilangan besar haiwan tersebut yang terlalu suka terhadap kehidupan di Bandar.

“Busur yang digunakan me-rupakan senjata yang senyap malah sesiapa yang menggunakannya juga bertindak secara senyap, dengan itu, kami tidak mengganggu haiwan-haiwan yang lain,” kata Emilio de la Cruz, pemilik sebuah perniagaan yang berusia 45 tahun.

Beliau merupakan pemilik perniagaan yang mengusahakan kegiatan pemburuan secara sukarela bagi mengawal bilang-an haiwan tersebut. Kaedah ini adalah satu cara yang digunakan untuk mencuba dan mengekang percambahan babi hutan untuk pergi jauh lagi ke kawasan yang dipenuhi dengan penduduk.

Di salah sebuah kawasan perhutanan di Madrid, kelihatan seorang lelaki menggunakan pakaian penyamaran dan duduk di atas pokok pada waktu malam menunggu untuk membunuh penceroboh itu. – AFP
Di salah sebuah kawasan perhutanan di Madrid, kelihatan seorang lelaki menggunakan pakaian penyamaran dan duduk di atas pokok pada waktu malam menunggu untuk membunuh penceroboh itu. – AFP

“Dianggarkan sekitar 25,000 kepada 35,000 bilangan haiwan tersebut pada lima tahun yang lalu namun kini, bilangan tersebut semakin meningkat iaitu kira-kira 30,000 hingga 40,000 di Madrid,” menurut satu kenyataan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa alam sekitar di Madrid.

“Kehadiran haiwan ini boleh menyebabkan kerosakan dan kebanyakan sumber-sumber pertanian yang kami hasilkan terjejas dan dimakan oleh haiwan tersebut,” kata salah seorang penduduk di Madrid.

Kaedah ini turut dipertandingkan

Walaupun mengalami pelbagai ancaman, namun kaedah yang digunakan oleh kebanyakan pemburu ini turut dipertandingkan namun pelbagai isu telah dibangkitkan terutama sekali oleh para pencinta haiwan dan alam sekitar, mereka memberikan alasan bahawa haiwan ini boleh menderita dan terseksa apatah lagi jika para pemanah tidak memanah dengan betul.

Negara seperti United Kingdom, memburu dengan menggunakan busur adalah diharamkan dan dilarang sama sekali.

De La Cruz menegaskan bahawa dia dan beberapa orang pakar dalam peralatan itu berlatih untuk menembak anak panah supaya tembakan terkena kepada organ-organ penting dalam tubuh babi dan membunuhnya dengan cepat.

Dengan berdiri di kawasan-kawasan latihan di bukit-bukit tinggi Madrid, para pemanah sedang giat menyasarkan sasaran mereka dan siap sedia untuk melakukan latihan mereka.

Dianggarkan sekitar 100 hingga 150 kali setahun, para pemanah akan dipanggil untuk memenuhi permintaan pihak bandar bagi menangani masalah haiwan penceroboh itu.

Dalam masa lima tahun, para pemanah itu telah membunuh sekitar 201 babi dan kebanyakan babi itu dibunuh berdekatan dengan kawasan kambing-kambing liar berkumpul iaitu di La Pedriza, banjaran gunung berhampiran dengan ibu negara Sepanyol yang terkenal dengan kegiatan pejalan kaki dan akti-viti pendakian.

Ketika diminta campur tangan, pemburu pertama telah mula mengkaji dan menganalisis pergerakan haiwan itu terutama sekali pada waktu malam dan para pemanah akan memanjat pokok-pokok untuk menanti kehadiran penceroboh itu.

Kadang-kadang, para pemanah dipanggil untuk memburu haiwan tersebut di kawasan-kawasan padang golf atau kawasan-kawasan berhampiran dengan kawasan bandar. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA