Pemanasan global berisiko menjelang 2050

Pemanasan global berisiko menjelang 2050

PARIS, 30 Sept – Bumi dijangka melepasi had maksimum dua darjah Celsius untuk pemanasan global berisiko menjelang tahun 2050, tujuh daripada ahli sains iklim teratas dunia mengingatkan semalam.

“Perubahan iklim sedang berlaku sekarang, dan jauh lebih cepat daripada yang dijangkakan,” kata Sir Robert Watson, bekas ketua Panel Antara Kerajaan PBB untuk Perubahan Iklim (IPCC).

Sejak 1990, peristiwa teruk berkaitan dengan cuaca – banjir, kemarau, ribut yang lebih teruk, gelombang haba dan kebakaran hutan – berpunca daripada perubahan iklim telah bertambah dua kali ganda, kata Watson dan ahli sains lain dalam satu laporan.

“Tanpa usaha tambahan oleh semua pengeluar utama (gas rumah hijau), sasaran 2C mungkin dicapai lebih awal,” beritahunya kepada wartawan dalam taklimat telefon.Planet telahpun menjadi panas 1.0 C melebihi had sebelum perindustrian, dan mungkin melihat tahun pertamanya pada 1.5 C dalam tempoh satu dekad, lapor ahli sains pada satu persidangan di Oxford pada minggu lalu.

Perjanjian Paris, dimeterai oleh 195 negara pada Disember, menetapkan sasaran yang lebih tinggi, berikrar akan mengehad pemanasan pada “suhu lebih rendah daripada 2C”, dan 1.5C jika boleh. Pakatan itu mungkin dikuatkuasakan pada akhir tahun, amat cepat untuk satu perjanjian antarabangsa.

Penandatangan telah menghantar janji negara untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau. Bagaimanapun, janji berkenaan adalah “tidak mencukupi,” kata laporan.

“Jika kerajaan bersikap serius untuk berusaha mencapai matlamat 2 darjah, mereka perlu menambah dua kali ganda usaha mereka untuk sekarang,” kata Watson. “Saya fikir adalah adil untuk berkata tidak adanya peluang untuk mencapai sasaran 1.5C,” tambah beliau.

Langkah penting yang diperlukan untuk menghapus karbon ekobomi global termasuk mempertingkat kecekapan tenaga, beralih kepada pengeluaran tenaga yang boleh diperbaharui, dan penghapusan subsidi bahan api fosil, kata laporan, bertajuk “Kebenaran mengenai perubahan iklim.” 2015 adalah tahun paling panas yang dicatat, dan 2016 dijangka lebih panas, ramal ahli sains kerajaan AS dan Eropah. – AFP