Pemandangan setara pokok

KEDIAMAN unik gabungan kaca dan kayu yang terletak di Afrika Selatan ini direka oleh firma di Afrika, Malan Vorster Architecture Interior Design yang ditugaskan untuk mereka sebuah rumah moden, seperti kabin di sebidang tanah yang banyak ditumbuhi pokok.

Hasilnya, rumah itu telah mereka gelar ‘Paarman Treehouse’ dan dibina di atas panggung untuk membolehkan pemandangan yang setara di kalangan pokok-pokok di sana.

Rumah di dalam hutan itu diperbuat daripada empat volum silinder yang diliputi bilah kayu untuk mengekalkannya berdiri seperti induk di dalam hutan. Di dalamnya, rumah itu diliputi dalam kayu yang tidak dirawat dan material lain yang bertahan daripada cuaca dan mewujudkan pemandangan rustik.

Kaca-kaca yang menghiasi dari tingkap hingga siling, beberapa daripadanya terbuka, membolehkan pemilik rumah menikmati pemandangan sekitarnya.

Rekaan melurus bercirikan tangga berputar telah menghubungkan empat tingkat di rumah itu. Ketika anda menaikinya, anda akan melintasi sebuah bilik penanaman di aras bawah, ruang tamu di tingkat satu, bilik tidur di tingkat dua dan dek bumbung di paras ketiga. Apa yang menjadi tempat paling sempurna adalah di tingkat teratas yang akan menjadi satu kawasan bersantai dan berlibur.