Pemandu cedera, 3 kereta terlibat kemalangan

Pemandu cedera, 3 kereta terlibat kemalangan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 8 Jun – Tiga buah kereta terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku di kawasan simpang masuk ke jalan Seria-Lumut Bypass di sini, malam tadi.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira pukul 7 malam itu, salah seorang pemandu mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait di mana dia masih menerima rawatan.

Pasukan Polis Diraja Brunei masih menyiasat kejadian berkenaan.

Sehubungan itu, pihak polis mengingatkan kepada orang ramai terutama pemandu supaya berhati-hati, terutama sekali di waktu malam, dan sentiasa mematuhi had laju memandu, bagi mengelakkan kejadiaan yang tidak diingini.

Kemalangan yang berlaku malam kelmarin di kawasan simpang Jalan Seria-Lumut Bypass.
Kemalangan yang berlaku malam kelmarin di kawasan simpang Jalan Seria-Lumut Bypass.

ARTIKEL YANG SAMA