Pemandu diseru sentiasa berwaspada

Pemandu diseru sentiasa berwaspada

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 12 Jan – Para pengguna jalan raya terutama para pemandu yang melalui Lebuhraya Telisai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati, memandangkan kerja-kerja proses pengubahsuaian lebuh raya baru Telisai-Lumut masih lagi dijalankan di kawasan berkenaan.

Menurut salah seorang pengguna tetap lebuh raya berkenaan yang juga merupakan salah seorang penduduk Kampung Telisai memberitahu Media Permata dan menasihati agar pemandu-pemandu lain lebih berwaspada dan tidak mementingkan diri sendiri untuk memotong kenderaan lain semasa menggunakan jalan raya tersebut.

Selain itu, beliau melahirkan harapan agar pihak berkenaan akan lebih mengambil perhatian dan mementingkan keselamatan orang ramai khususnya pengguna jalan raya seperti memasang lebih banyak lampu di sekitar jalan tersebut pada waktu malam.

Keadaan jalan raya di Mukim Telisai yang masih dalam proses pengubahsuaian.
Keadaan jalan raya di Mukim Telisai yang masih dalam proses pengubahsuaian.
Keadaan kawasan tersebut pada waktu malam.
Keadaan kawasan tersebut pada waktu malam.

Menurutnya lagi, pada waktu malam, lebuh raya di kawasan tersebut dalam keadaan gelap dan boleh mengundang bahaya kepada pemandu-pemandu lain.

Pada masa ini, pembinaan lebuh raya jalan berkembar yang menghubungkan Telisai dan Lumut itu masih lagi giat dilaksanakan.

Apabila siap nanti, ia diharap akan dapat mengurangkan kesesakan jalan raya terutama pada waktu pagi atau lewat petang iaitu semasa orang ramai hendak memulakan perjalanan pergi dan pulang bertugas.

ARTIKEL YANG SAMA