Pemandu hilan...

Pemandu hilang arah, bas terbabas

ISLAMABAD, 14 Feb – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan 20 yang lain cedera apabila sebuah bas penumpang terbalik di bandar pelabuhan selatan Pakistan, Karachi hari ini, lapor media tempatan, Urdu.

ARY News berkata bas penumpang itu dalam perjalanan ke daerah Badin apabila kemalangan itu berlaku berhampiran plaza tol Sassy, Karachi, ibu kota negara wilayah selatan Sindh.

Polis berkata, bas itu bergerak dengan keadaan laju dan terbalik selepas melanggar sebuah menara elektrik di tepi jalan apabila pemandu hilang kawalan ke atas kenderaan akibat kegagalan brek.

Mereka yang mengalami kecederaan telah dipindahkan ke hospital berdekatan, di mana beberapa daripada mereka dikatakan dalam keadaan kritikal.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di Pakistan kerana jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik, melanggar peraturan keselamatan jalan raya dan memandu dengan cuai.

Menurut data yang dikumpulkan oleh Biro Perangkaan Pakistan, lebih 9,000 kemalangan jalan raya dilaporkan kepada polis setiap tahun, membunuh purata kira-kira 5,000 orang setiap tahun di negara ini.

Pegawai polis trafik mengatakan bahawa 90 peratus kemalangan jalan raya di Pakistan adalah disebabkan oleh kesilapan pemandu. – Xinhua